• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Memperdalam Kerjasama China-ASEAN Menguatkan Pertumbuhan Global

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 26 September 2024

    Pertumbuhan dalam kerjasama ekonomi secara konsisten antara China dan negara-negara ASEAN mampu menstabilkan dan menyuntik daya hidup terhadap ketidaktentuan ekonomi global susulan cabaran perlindungan ekonomi dan degloblalisasi.

    Perdagangan dua hala antara China dan ASEAN menjadi cerminan kepada kerjasama yang teguh itu.

    Memetik data rasmi untuk tujuh bulan pertama tahun ini, perdagangan kedua-dua negara mencapai AS$552 bilion (sekitar RM2.29 trilion), iaitu peningkatan 7.7 peratus dari tahun ke tahun.

    Angka tersebut secara tidak langsung meliputi kira-kira satu per enam daripada volum perdagangan luar keseluruhan China untuk tempoh yang sama.

    Untuk 15 tahun berturut-turut, China terus menjadi rakan dagang terbesar ASEAN, manakala ASEAN pula menjadi rakan dagang utama China selama empat tahun berturut-turut.

    Kesemua angka-angka tersebut mempamerkan visi bersama untuk mewujudkan pasaran bersepadu yang besar, mengoptimumkan peruntukan sumber, dan memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk faedah bersama.

    Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) China-ASEAN dan pakatan perdagangan terbesar di dunia iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah menambah baik liberalisasi pelaburan dan perdagangan, serta pemudahcaraan kedua-dua pihak.

    Kedua-dua perjanjian perdagangan utama itu turut mempercepatkan integrasi rantaian perindustrian dan bekalan, serta memupuk saling kebergantungan yang lebih baik dan saling untung.

    Kerjasama yang semakin diperdalam itu terus dicontohi dalam acara pelbagai hala lain seperti Ekspo China-ASEAN yang menawarkan peluang baik untuk pertumbuhan yang dikongsi bersama.

    Dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 September di Nanning, ekspo edisi ke-21 itu berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 syarikat untuk membuat pameran di kawasan dengan keluasan hampir 200,000 meter persegi.

    Sejak pertama kali dianjurkan pada 2004, acara itu terus berkembang menjadi platform penting dalam mempromosi barangan antara China dan ASEAN, sekali gus memudahkan produk seperti beras wangi Thai, kopi Vietnam, dan durian Musang King Malaysia didapati oleh pengguna China.

    China dan ASEAN telah menjadi antara ekonomi paling dinamik di dunia, dengan menjana momentum kuat untuk pertumbuhan global. Pada 2023, ASEAN berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.1 peratus, satu trajektori dijangka berterusan susulan terdapatnya elemen asas yang teguh.

    Pada 2024, pertumbuhan untuk ekonomi ASEAN diramalkan sebanyak 4.6 peratus dan 4.7 peratus pada 2025, yang dijangka mampu melepasi anggaran purata global.

    China terus memainkan peranan pentingnya dalam pertumbuhan ekonomi global apabila bahagian ekonomi dunia China telah meningkat daripada 12.3 peratus kepada lebih 18 peratus dalam tempoh sedekad yang lalu, dengan purata sumbangan tahunan terhadap pertumbuhan global melebihi 30 peratus.

    Pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva dalam ucapannya semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 berkata bahawa negara-negara ASEAN telah menyumbang sebanyak 10 peratus kepada pertumbuhan global, iaitu lebih dua kali ganda daripada kekuatannya dalam ekonomi dunia.

    Hubungan ekonomi yang berterusan antara China dan ASEAN adalah pengimbang kepada perlindungan ekonomi dalam kalangan kuasa ekonomi global utama, secara tidak langsung menggariskan kepentingan perkongsian masing-masing sebagai pemberat dalam dunia yang bergelora.

    Komitmen China untuk kekal menjadi terbuka sebagai sebahagian daripada dorongan pemodenannya, perkongsian strategik komprehensif antara China dan ASEAN serta disokong oleh komitmen bersama mereka terhadap pelbagai hala dan keterbukaan, ia pastinya akan terus membawa peluang dan daya hidup baharu, serta integrasi yang semakin dalam, seterusnya memanfaatkan kedua-dua pihak dan ekonomi dunia secara amnya.

    (Artikel ini diambil daripada Xinhua, dan diterjemah serta disunting oleh People’s Daily Online)

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>