- Lain-lain
Belia Afrika Sertai Sesi Interaksi Bersama Angkasawan China (2)
Angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa Tiangong mengadakan sesi soal jawab (Q&A) bersama pelajar dari benua Afrika menerusi slot 'Talk with Taikonauts' pada Selasa.
Kru kapal angkasa Shenzhou-14 iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe menjawab soalan oleh para pelajar tentang kehidupan di angkasa lepas, eksperimen saintifik, pengalaman yang dilalui angkasawan dan lain-lain.
Sesi interaksi itu disertai wakil belia dari lebih 50 buah negara Afrika termasuk Algeria, Mesir, Ethiopia, Namibia, Nigeria, Senegal, Somalia dan Afrika Selatan.
Danielle Chisom, 16, seorang pelajar sekolah menengah dari Nigeria meluahkan perasaan teruja dengan aktiviti yang menarik itu.
"Kuliah ilmu sains juga ditawarkan di sekolah kami, dan saya bercita-cita menjadi seorang angkasawan selepas dewasa.
"Sesi interaksi bersama angkasawan China ini telah menjawab banyak soalan yang ingin saya ketahui,” katanya.
Aktiviti berkenaan dianjurkan bersama Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Misi China ke AU dan Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), sempena sambutan ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik China-AU.
Ia juga julung kalinya sebuah kuasa aeroangkasa utama melakukan interaksi dengan belia Afrika menerusi ‘komunikasi angkasa-Bumi’.