- Lain-lain
Terowong HSR Segmen Guangdong dalam Pembinaan (5)
Foto menunjukkan mesin pengorek terowong (TBM) yang digunakan untuk penggalian terowong. (Gambar/ China Railway) |
Landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan bandar Shenzhen dan bandar Jiangmen, provinsi Guangdong, selatan China telah mula dibina baru-baru ini. Menurut Syarikat Kumpulan Landasan Kereta Api China (China Railway), 98% projek tersebut adalah pembinaan jambatan dan terowong.
Pembinaan sebuah terowong panjangnya 13.69 kilometer di tempat 115 meter dari paras laut di muara Sungai Mutiara merupakan projek kunci dalam pembinaan sepanjang landasan HSR ini. Terowong tersebut merupakan terowong bawah laut yang paling dalam di negara ini.
Dua mesin pengorek terowong (TBM) dibuat oleh China sendiri untuk penggalian terowong.
Yang Cen, pekerja wanita yang pertama dalam mengendalikan TBM di China memperkenalkan bahawa TBM mudah keluar dari laluan yang ditetapkan dalam proses penggalian akibat situasi semasa dasar laut yang berubah-ubah. Oleh itu, pergerakan mesin perlu dikawal secara manual.
“Bilik kawalan mesin itu seluas 15 meter persegi dan dipasang dengan lebih 200 butang serta 9 skrin untuk pengendalian. Saya berasa amat bangga dapat mengoperasi mesin yang begitu canggih ini di tempat lebih 100 meter bawah paras laut”, luah Yang.
Landasan HSR yang sepanjang 116 kilometer tersebut dijangka akan diselesaikan dalam tempoh 5 tahun setengah dan akan menjadi sebahagian penting dalam rangkaian HSR kawasan pesisir pantai China.