- Lain-lain
AS Digesa Hormati Kepentingan Teras China
Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Pertahanan, Wei Fenghe yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) di Kemboja, mengadakan rundingan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin pada Selasa.
Wei berkata China mementingkan hubungan tentera antara kedua-dua negara, dan pihak AS mesti menghormati kepentingan teras negara ini.
AS diharap mengambil dasar yang rasional dan pragmatik terhadap China bagi mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan yang sihat dan mantap.
Dalam rundingan itu, kedua-dua pihak bersepakat untuk melaksanakan dengan bersungguh-sungguh konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, mengekalkan komunikasi, mempergiat usaha bagi menangani krisis, di samping memelihara keselamatan dan ketenteraman serantau.
- Xi Adakan Perbualan Ringkas dengan Kamala Harris
- Tindakan Praktikal Lebih Diperlukan bagi Tingkatan Hubungan China-AS
- PBB Sambut Baik Rundingan Xi, Biden
- Pemimpin China, AS Patut Gariskan Hala Tuju bagi Hubungan Dua Hala: Xi
- Rundingan Xi, Biden Petang Ini
- Wang Yi, Antony Blinken Bual Melalui Telefon
- Xi: Cari Cara Betul Hidup Bersama, Bawa Manfaat kepada Dunia
- Wang Yi Temui Antony Blinken