- Lain-lain
Promosi CTM di Amerika Selatan (2)
Persidangan Perubatan Tradisional China (CTM) Sedunia Ke-19 yang bertemakan “mendorong pembangunan berkualiti tinggi CTM dalam senario global, menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat pelbagai negara”, membuka tirai di Sao Paulo, Brazil pada Sabtu, dengan harapannya agar mempergiatkan promosi CTM di kalangan rakyat Amerika Selatan.
Dimaklumkan, persidangan yang diadakan secara hibrid itu diserikan dengan kehadiran hampir 400 pakar. Topik perbincangannya melibatkan dasar awam negara Brazil dengan CTM, teori asas CTM, akupunktur dalam terapi tubuh badan dan lain-lain.
Presiden Gabungan Persatuan CTM Dunia (WFCMS), Ma Jianzhong berkata, ramai antara rakyat Brazil mengiktiraf dan menerima CTM khususnya akupunktur. WFCMS buat kali pertamanya mengadakan persidangan di Amerika Selatan, dengan harapannya agar menyediakan platform yang lebih luas di benua terbabit.