- Lain-lain
China Giat Pacukan Ekonomi Digital demi Sediakan Peluang Baharu kepada Dunia (5)
Persidangan Kerja Ekonomi Pusat yang diadakan di Beijing baru-baru ini menyatakan dengan jelas bahawa hendaklah giat memacukan ekonomi digital, meningkatkan tahap pemantauan dan penyeliaan dalam operasi rutin di samping menyokong syarikat yang berperanan sebagai platform menerajui perkembangan terbabit, mencipta peluang pekerjaan dan menyertai persaingan antarabangsa dengan aktif. Sempena berlangsungnya penyusunan semula struktur dan landskap industri dalam senario global, hendaklah bertindak pantas mengambil peluang yang terbabit, berani meneroka bidangan baharu dan memperjuangkan dominasi dalam persaingan baharu.
Menurut rekod berkenaan, ekonomi digital China berkembang pesat dengan nilainya meningkat dari RMB11 trilion (RM7 trilion) pada tahun 2012 ke RMB45 trilion (RM28.5 trilion)lebih pada tahun 2021, sedangkan nisbahnya dalam Keluaran Dalam Negara Kasar meningkat dari 21.6% ke 39.8%.
China sudah selesai membina infrastruktur untuk kegunaan internet yang skopnya paling besar di dunia dengan menggunakan teknologi yang canggih, terbukti dengan semua bandar raya yang dilengkapi rangkaian optic, jumlah stesen 5G yang sudah mencatat 1.7 juta, dan jumlah pengguna telefon mudah alih 5G yang melebihi 420 juta. Serentak itu, aplikasi data raya, pengiraan awan dan kecerdasan buatan kian hari dipergiatkan dalam bidang perindustrian, sumber tenaga, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan pertanian. Setakat penghujung bulan Jun, sebanyak 45 buah kategori utama dalam ekonomi nasional sudah dilengkapi akses dengan internet perindustrian. Pada tahun 2021, jualan runcit dalam talian di China buat pertama kalinya mencecah RMB10 trilion (RM6.6 trilion), meningkat 12% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Serentak itu, pembayaran penggunaan menerusi telefon mudah ahli meningkat lebih 22%.
Pada tahun 2020, China mengeluarkan Inisiatif Keselamatan Digital Sejagat, yang berharap pelbagai negara dapat bersama-sama membincangkan dan menggubal peraturan antarabangsa tentang tadbir urus digital yang mencerminkan kehendak pelbagai pihak dan menghormati kepentingan pelbagai pihak. Setakat ini, China telah menandatangani memorandum persefahaman kerjasama “l(fā)aluan sutera digital” dengan 17 buah negara, dan membentuk mekanisme kerjasama dua hala “e-niaga laluan sutera” dengan 23 buah negara.
China berharap sinergi negara lain membina persekitaran pembangunan ekonomi digital yang terbuka, inklusif, saksama, adil dan tanpa diskriminasi, bersama-sama memacukan ekonomi digital demi manfaat bersama rakyat pelbagai negara.