• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Platform Video: Drama China Tengah Hangat di Asia Tenggara (2)

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 Januari 2023
    Platform Video: Drama China Tengah Hangat di Asia Tenggara
    Siri Drama China “Love in Flames of War” dalam bahasa Thai.

    Menurut laporan terkini China Daily, siri drama China disambut hangat di Asia Tenggara.

    Disebabkan semakin popularnya kandungan dari China, platform video Thailand TrueID telah menyediakan satu kolum untuk mempamerkan siri drama popular yang berbahasa Mandarin pada November 2022.

    Kata pihak WeTV, “Bukan sahaja di Thailand, kandungan dari China juga semakin popular di seluruh pasaran Asia Tenggara.” Pihaknya turut memaklumkan bahawa tahun-tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap siri drama China di Asia Tenggara naik mendadak, terutamanya di Thailand, yang jumlah siri drama dari China telah mendahului Korea Selatan, diikuti dengan Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Setakat ini, WeTV telah dimuat turun sebanyak 150 juta kali di seluruh dunia. Antaranya, 30 juta kali adalah dari Thailand, sedangkan jumlah populasi negara itu tidak sampai 70 juta.

    Profesor Lu Di dari Sekolah Kewartawanan dan Komunikasi, Universiti Peking memaklumkan bahawa, “Thailand merupakan pasaran yang amat matang bagi siri drama China. Dua negara ini dekat dari segi jarak, hidup serta budaya dan telah memulakan pertukaran dan komunikasi sejak dinasti Han (tahun 202 Sebelum Masihi hingga tahun 220 Masihi).” Tambah beliau, siri drama China semakin disambut hangat oleh negara Asia lain disebabkan pengaruh platform penstriman terhadap pemuda, yang juga merupakan audiens utama di seberang laut.

    Menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Am Radio dan Televisyen Kebangsaan (NRTA) China pada November 2022, eksport siri drama China telah kembali ke taraf pra-pandemik. Jumlah nilai eksport siri drama China merekodkan AS56.83 juta, iaitu 714 siri drama. Asia Tenggara merupakan pasaran utamanya dan siri drama yang diimport adalah satu pertiga daripada jumlah yang dieksport oleh China. Laporan turut menyatakan, penonton wanita Asia, terutamanya yang dilahirkan pada 1990-an dan 2000-an, membentuk majoriti daripada yang menggemari siri drama China.

    Menurut pihak WeTV, kebanyakan pelanggannya adalah wanita di bawah 30 tahun yang berminat pada genre drama kostum romantis yang amat tular di dunia hiburan China. Sebagai contoh, drama kostum "Who Rules the World" yang dibintangi Yang Yang dan Zhao Lusi menjadi hangat di Thailand selepas ditayangkan, hinggakan mendapat ratusan juta tontonan.

    “Walaupun tanpa aktiviti promosi luar talian susulan penularan wabak COVID-19, jumlah penonton kami tetap meningkat setiap tahun.”

    Selain WeTV, platform video terkemuka di China seperti iQiyi, Youku dan Mango TV turut menawarkan perkhidmatan di luar China dan memilih Thailand sebagai pasaran sasaran utama. 

    Selain mengeksport siri drama China ke pasarannya, semakin banyak platform video dan syarikat China bekerjasama dengan tim profesional di negara-negara Asia Tenggara untuk menghasilkan kandungan tempatan. Misalnya, WeTV telah menghasilkan siri drama kampus romantis Thailand "Love Mechanics", melodrama "The Wife" dan musim kedua bagi drama hangat Indonesia "My Lecturer, My Husband". Selain itu, siri drama Indonesia "Layangan Putus" mendapat ratusan juta tontonan.

     

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>