- Lain-lain
Menjelang TBC, Tiba Musim Tangkap Ikan di Hubei (4)
(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 10 Januari 2023
Nelayan mengikat kain merah pada ikan terbesar yang ditangkap dari Takungan Air Shengping pada hari itu. |
Menjelang Tahun Baharu Cina (TBC), Takungan Air Shengping di Kampung Moping, provinsi Hubei memasuki tempoh menangkap ikan musim sejuk. Penangkap tempatan sibuk menangkap ikan untuk menampung permintaan pasaran sempena perayaan paling penting yang bakal tiba. Ikan yang melompat-lompat menceriakan lagi suasana menjelang Tahun Baharu Cina.
Terletak di kaunti Zigui, bandar Yichang, Takungan Air Shengping mempunyai sumber ikan yang banyak, kaya dengan ikan kap kepala besar, ikan mas perak, ikan kap rumput dan sebagainya. Ia dibina pada tahun 2006 di bawah sokongan dasar kerajaan. Kapasiti penyimpanannya 27.44 juta meter padu secara maksimum, dan keluasan perairannya 1,255 mu atau kira-kira 84 hektar.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang