• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Indonesia Sedia Sambut Pelancong China dengan Karpet Merah

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 16 Januari 2023

    Seiring dengan kawalan COVID-19 yang semakin dioptimumkan dan pelancongan ke luar negara beransur-ansur pulih, pelancong China amat dialu-alukan oleh beberapa negara ASEAN. Menurut Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno, negaranya telah menyediakan karpet merah untuk pelancong China. “Para pelancong dari China, Indonesia mengalu-alukan kedatangan anda,” katanya di sidang media rutin di Jakarta. Kesediaan sama juga dizahirkan oleh persatuan pelancongan serta pengusaha pelancongan tempatan.

    Kata Sandiaga ketika diwawancara, pandemik COVID-19 memberi impak pada sektor pelancongan Indonesia dan hampir satu juta pekerjaan terjejas. Pelancong China membentuk majoriti daripada jumlah pelancong asing ke Indonesia sebelum COVID-19 melanda. Menurut statistik Biro Perangkaan Pusat Indonesia, jumlah pelancong China yang melawat Indonesia pada 2019 mencecah 2.07 juta. Pelancong China amat penting bagi membolehkan sektor pelancongan Indonesia melantun semula, dan penerbangan antara China dan Indonesia beransur-ansur pulih merupakan khabar baik bagi sektor pelancongan Indonesia.

    Orang sedang menonton bunga api sambutan Tahun Baharu di Pulau Bali pada 31 Disember 2022. (Sumber gambar: Xinhua)

    Pulau Bali, destinasi pelancongan popular, amat disukai pelancong China. Presiden Persatuan Intelektual Pelancongan Indonesia berkata, pelancongan merupakan aktiviti ekonomi utama di Pulau Bali. Pelancong China dialu-alukan melawat tempat itu secepat mungkin. “Ini membantu memicu perkembangan sektor pelancongan di Indonesia, terutamanya di Pulau Bali,” katanya.

    “Masa dulu dapat lihat banyak orang China di tempat ini. Kami menantikan kepulangan pelancong China,” kata seorang pemandu kenderaan pelancongan tempatan.

    Bunga api menerangi langit di Kuil Wat Arun, Bangkok, Thailand, pada 1 Januari, 2023. (Sumber gambar: Xinhua)

    Memandangkan pasaran China yang luas, beberapa negara ASEAN menunjukkan ketulusan untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong China. Sebelumnya, presiden Filipina, Marcos mengajak pelancong China menikmati keindahan negara kepulauan tropika itu.

    PM Kemboja Hun Sen juga berkata bahawa warga China dialu-alukan melawat Kemboja untuk menggiatkan semula ekonomi dan sektor pelancongan negara. Tegasnya, pihak Kemboja tidak akan mengenakan apa-apa syarat pada warga China untuk masuk sempadannya. Adalah harapannya untuk melihat jumlah pelancong dari China melebihi 2 juta pada 2023.

    Pada petang 9 Januari, TPM Thailand merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul, menghadiri upacara menyambut penerbangan pertama pelancong China. Turut hadir, Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob serta Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn.

    Baru-baru ini, Arkhom Termpittayapaisith, Menteri Kewangan Negara itu berkata, walau kini dunia menghadapi tekanan kemerosotan ekonomi, kepulangan pelancong China mungkin akan membantu mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi iaitu 3.8%.

    Penerbangan pertama pelancong China, Xiamen Airlines MF833 disambut menteri-menteri Thailand di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok. (Sumber gambar: Xinhua)

    Menteri Kesihatan Singapura turut menyifatkan pintu China yang dibuka semula sebagai berita yang amat menggembirakan dan telah lama dinanti-nantikan. Ujarnya, “Ini akan membawa kepada pemulihan pertukaran orang-ke-orang yang pelbagai dan substantif.”

    Mengenai langkah-langkah yang diambil beberapa negara untuk menyambut kedatangan pelancong China, jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin, menyatakan bahawa China akan memudahkan warganya untuk melawat negara-negara tersebut. Peraturan berkenaan akan terus dioptimumkan supaya memudahkan pergerakan warga China mahupun warga asing, dan menyumbang kepada usaha penyekatan penularan COVID-19 serta pemulihan ekonomi global.

    Pada pandangannya, keramahan pihak tuan rumah akan membuat pelancong China rasa gembira dan dialu-alukan, satu pertimbangan penting bagi mereka ketika memilih destinasi pelancongan di luar negara. 

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>