- Lain-lain
Kereta Api China-Laos Hantar lebih 10 Juta Penumpang (2)
Setakat 31 Januari, kereta api China-Laos telah mengendalikan 20,000 unit kereta api dengan menghantar 10.3 juta penumpang sejak perkhidmatan mula beroperasi pada Disember 2021.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan China Railway Kunming Group Co., Ltd. di sini, pada Rabu.
Difahamkan, kereta api itu telah menyediakan perkhidmatan kepada 8.7 juta penumpang untuk seksyen China, dengan jumlah penumpang harian mencecah 65,000 orang.
Pada masa sama, ia turut menghantar 1.6 juta penumpang di seksyen Laos, dengan jumlah penumpang harian mencecah 8,800 orang.
Kini, jumlah stesen di seksyen Laos yang boleh mengendalikan pengangkutan penumpang dicatatkan sebanyak sepuluh buah berbanding tujuh buah ketika dalam tempoh permulaan.
Naib ketua Stesen Kereta Api Kunming, Zheng Bin berkata, jumlah penumpang kereta api China-Laos terus meningkat, dan kualiti perkhidmatan bertambah baik.
“Kereta api memainkan peranan positif dalam menyediakan perkhidmatan perjalanan yang mudah dan cekap untuk rakyat kedua-dua negara," katanya.
Menurut maklumat, jabatan berkenaan kedua-dua negara sedang mengadakan perbincangan dan membentuk rancangan untuk menyediakan perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadan China-Laos pada tahun ini untuk meningkatkan pengangkutan penumpang dan kargo.
Untuk rekod, perkhidmatan kereta api Unit Gandaan Elektrik (EMU) Renaissance dan Lane Xang yang juga disebut Lancang terbukti selamat, hijau, pesat dan selesa, memendekkan masa perjalanan penumpang di bandar sepanjang landasan itu dan menjadi pilihan pertama rakyat China-Laos.
- Aliran Penumpang Kereta Api China-Laos Cipta Rekod
- Jumlah Pengangkutan Kargo Laluan Kereta Api China-Laos Tingkat 4 Kali Ganda
- Pintu Sempadan Mohan China-Laos Beroperasi Semula
- Aliran Penumpang Kereta Api China-Laos Catat Lebih 9 Juta
- Rel Antarabangsa Terpendek Asia Tenggara-Eropah Melalui Sichuan Dibuka
- Setahun Pengoperasian Kereta Api China-Laos
- Tren Kargo Zigong-Vientiane Mula Beroperasi
- Tren Pisang Pertama Rel China-Laos Tiba di Changsha
- Kereta Api China-Laos Signifikan dalam Kesalinghubungan Serantau
- Larian Kereta Api Laluan China-Laos Muatan Buah-buahan Pertama Tiba di Yunnan