- Lain-lain
Gempa Bumi Dahsyat Melanda Turkiye (5)
Gempa bumi yang berukuran 7.4 pada skala Richter yang pusat gegarannya pada kedalaman 10 kilometer melanda provinsi Kahramanmaras, Turkiye subuh tadi, dan turut terasa di sejumlah bandar di negara itu, menurut makluman dari Biro Pengurusan Kecemasan Bencana Turkiye.
Namun, menurut dugaan dan laporan daripada Pusat Jaringan Gempa Bumi China (CENC), gempa bumi di Turkiye ini bermaknitud 7.8 dan berpusat pada kedalaman 20 kilometer. 10 minit selepas berlakunya gegaran pertama, turut berlaku gegaran susulan yang berukuran 6.7 pada skala Richter.
Menurut berita daripada provinsi Sanliurfa, Turkiye, terdapat 16 buah bangunan di provinsi itu musnah dan 10 orang maut akibat gempa bumi tersebut.
Sebelum itu, gabenor provinsi Osmaniye pernah mengatakan bahawa gempa bumi itu sudah meragut lima nyawa penduduk tempatan.
- Gempa Bumi 6.1 Skala Richter Landa Xinjiang
- Subway Paling Laju di Turkiye Dirasmikan
- Xi Utus Takziah Gempa Gegar Kepulauan Solomon
- Erdogan: Operasi Rentas Sempadan Demi Lindungi Keselamatan Negara
- Iraq Bantah Turkiye Lancar Serangan Melepasi Sempadan
- Letupan Bom di Istanbul Cederakan 81 Orang
- China Peka Kawasan Taiwan yang Dilanda Gempa Bumi
- China Berkeyakinan Atasi Bencana Gempa Bumi
- Tindak Balas Kecemasan di Sichuan Dinaikkan ke Peringkat Satu
- Utamakan Keselamatan Nyawa: Xi