- Lain-lain
China Hantar Pasukan SAR ke Turki (3)
Kementerian Pengurusan Kecemasan China telah menghantar satu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ke Turki atas permintaan negara dilanda gempa bumi itu. Penerbangan khas Air China yang membawa Pasukan SAR China telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing pada petang 7 Februari.
Dua gempa bumi berukuran 7.8 melanda Turki pada 6 Februari, menyebabkan ramai terbunuh atau cedera selain kemusnahan harta benda secara besar-besaran. Pasukan SAR yang dihantar Kementerian Pengurusan Kecemasan China terdiri daripada 82 orang yang terutamanya dari Pasukan Bomba Beijing, Pusat SAR Gempa Bumi China dan Hospital Am Kecemasan.
Diamanahkan oleh Menteri Pengurusan Kecemasan, Wang Xiangxi, Timbalan Menteri Pengurusan Kecemasan Xu Jia’ai menghadiri majlis yang diadakan di lapangan terbang dan menyampaikan taklimat kepada pasukan SAR. Beliau berharap para ahli pasukan SAR memegang kepada semangat “komuniti berkongsi nasib” dan semangat kemanusiaan antarabangsa, sedaya upaya menyokong kerja-kerja bantuan gempa bumi di Turki.
Turut hadir, Duta Besar Turki ke China, Abdulkadir Emin ?nent, Timbalan Menteri Luar, Deng Li, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), Deng Boqing serta beberapa pegawai lain.
- Pasukan Penyelamat China Dihantar ke Turkiye
- China Sumbang Bantuan Kemanusiaan kepada Turkiye dan Syria
- Palang Merah China Salurkan Bantuan Kemanusiaan Cemas kepada Turkiye dan Syria
- Xi Utus Kawat Dukacita kepada Presiden Turkiye dan Syria
- Gempa Bumi Dahsyat Melanda Turkiye
- Gempa Bumi 6.1 Skala Richter Landa Xinjiang
- Xi Utus Takziah Gempa Gegar Kepulauan Solomon
- China Peka Kawasan Taiwan yang Dilanda Gempa Bumi
- China Berkeyakinan Atasi Bencana Gempa Bumi
- Tindak Balas Kecemasan di Sichuan Dinaikkan ke Peringkat Satu