- Lain-lain
AS Digesa Bentuk Penginsafan Objektif dan Rasional terhadap China
AS digesa membentuk penginsafan yang objektif dan rasional terhadap China, mengamalkan dasar berkaitan China yang positif dan praktikal, dan bekerjasama dengan China untuk mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan perkembangan yang sihat dan mantap.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar pada Rabu sebagai respons terhadap kenyataan Presiden Amerika Syarikat(AS), Joe Biden berhubung China dalam ucapan perutusan negaranya.
Mao berkata, dunia ini cukup luas bagi China dan AS membangunkan negara masing-masing dan mewujudkan kemakmuran bersama.
“China tidak menjauhkan diri atau melarikan diri daripada persaingan. Walau bagaimanapun, China menentang tindakan mentakrifkan seluruh hubungan China-AS dengan kata 'persaingan',” ujar Mao.
Mao berkata lagi, tindakan yang menggunakan persaingan sebagai alasan untuk memfitnah dan memburuk-burukkan imej suatu negara dan menyekat hak sah milik negara itu untuk mewujudkan pembangunan, malah menjadikan rantaian perindustrian dan bekalan global terjejas, adalah tidak senonoh dan tidak patut dilakukan sesebuah negara yang bertanggungjawab.
“Hubungan China-AS yang sihat dan stabil selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, dan juga merupakan yang diharapkan masyarakat antarabangsa.
“Pihak China akan mengendalikan hubungan China-AS berdasarkan tiga prinsip yang dicadangkan Presiden Xi Jinping, iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama menang-menang.
“Pada masa yang sama, China sama sekali tidak berganjak dari memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara,” kata Mao.
- China, AS Perlu Kekal Komunikasi, Elak Salah Tanggap
- China AS Bincang Isu Ekonomi dan Cabaran Global
- China Alu-alukan Lawatan Blinken
- Qin Gang, Antony Blinken Bual Melalui Telefon
- China, AS Perlu Laksanakan Konsensus Presiden di Bali
- Wang Yi Ditemui Pengerusi Persatuan Asia AS
- Rundingan Pegawai Kanan China, AS Mendalam dan Konstruktif
- Ucapan Antony Blinken Ingin Lawat China Disambut Baik
- Perluas Pertukaran Sesama Rakyat, Konsensus Pemimpin China dan AS
- Asia Pasifik Perintis Kerjasama