- Lain-lain
Ucapan Antony Blinken Ingin Lawat China Disambut Baik
China mengalu-alukan ucapan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken tentang keinginannya melawat China demi mendorong kerja berkenaan selepas Presiden kedua-dua negara mengadakan pertemuan di pulau Bali, Indonesia baru-baru ini. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan sedemikian dalam sidang media semalam.
Menurut laporan berkenaan, Blinken ketika diwawancara sebelum ini pernah menyatakan bahawa pertemuan Presiden AS-China tersebut amat berhasil. Lawatannya ke China nanti bertujuan meneruskan komunikasi dengan China untuk memastikan saluran komunikasi kedua-dua pihak lancar agar mengelakkan kemungkinan berlaku konflik di samping mengekalkan kerjasama dalam isu yang berkait rapat dengan kedua-dua negara dan dunia.
Zhao menekankan bahawa China berharap pihak AS bertindak sehaluan dengan China, melaksanakan konsensus penting yang tercapai Presiden kedua-dua negara dengan bersungguh-sungguh, mengekalkan perbincangan untuk menetapkan prinsip panduan atau rangka strategik bagi hubungan bilateral, mencari dan menggubal pendekatan yang betul bagi pemeliharaan hubungan bilateral, dan mendorong hubungan kedua-dua negara kembali ke landasan perkembangan yang sihat dan stabil.
- Perluas Pertukaran Sesama Rakyat, Konsensus Pemimpin China dan AS
- Asia Pasifik Perintis Kerjasama
- Sama Untung, Asas Hubungan Ekonomi China-AS
- AS Digesa Hormati Kepentingan Teras China
- AS Digesa Hormati Kepentingan Teras China
- Xi Adakan Perbualan Ringkas dengan Kamala Harris
- Tindakan Praktikal Lebih Diperlukan bagi Tingkatan Hubungan China-AS
- PBB Sambut Baik Rundingan Xi, Biden
- Pertemuan Pemimpin China-AS Berhasil
- Pemimpin China, AS Patut Gariskan Hala Tuju bagi Hubungan Dua Hala: Xi