- Lain-lain
Perbincangan PM China-Kemboja (3)
Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen di Beijing pada Jumaat.
Li berkata, sejak hubungan diplomatik China-Kemboja dijalinkan pada 65 tahun lalu, kedua-dua negara sudah membuahkan hasil yang melimpah yang saling menguntungkan dalam kerjasama bilateral berdasarkan prinsip saling menghormati dan sama rata.
“China sangat mementingkan hubungan dengan Kemboja dan menyokong Kemboja memilih jalan pembangunan yang sesuai dengan tata hukum negaranya.
“China bersedia memberikan bantuan sedapat mungkin kepada Kemboja untuk mewujudkan pencapaian yang sama menang,” kata Li.
Li turut mencadangkan kedua-dua negara meningkatkan komunikasi strategik, terus saling menyokong dalam menangani hal ehwal yang melibatkan kepentingan teras dan isu-isu yang diberi perhatian bersama, serta memperkasa kerjasama praktikal dan pertukaran dalam bidang sosiobudaya demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
“China menghargai peranan positif yang dimainkan Kemboja dalam mengintensifkan hubungan China-ASEAN semasa bertugas sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun 2022.
“China komited bekerjasama dengan negara anggota ASEAN untuk mendorong perkembangan perkongsian strategik komprehensif China-ASEAN bagi mengekalkan kestabilan serantau dan keamanan dunia,” kata Li.
Selepas rundingan itu, Li dan Hun Sen mengumumkan pelancaran Tahun Persahabatan China-Kemboja, dan menyaksikan penandatanganan sejumlah dokumen kerjasama yang melibatkan diplomasi, ekonomi, perdagangan, peningkatan kerjasama, infrastruktur dan perlindungan warisan budaya.
- Xi Jinping Ditemui Hun Sen
- PM Kemboja Bakal Lawat China
- Pusat Penyelarasan Laluan Pelayaran Selamat Myanmar Ditubuhkan
- CDB Beri Pinjaman USD50.6 Bilion kepada Negara ASEAN
- PM Li: China Berhemah Raikan Kecemerlangan Sebarang Tamadun Manusia
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 Dirasmikan
- Xi Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G20, APEC
- China, Kemboja Komited Perkasa Kerjasama
- Simposium Bertema 'Kongsi Nasib' di Kemboja