- Lain-lain
Kebankrapan SVB Cetus Kebimbangan
Silicon Valley Bank (SVB) ditutup dan diambil alih oleh pengawal selia kewangan Amerika Syarikat (AS) akibat ketakmampuan bayar pada Jumaat lalu.
SVB menjadi bank terbesar yang bankrap di negara itu sejak 2008, sekali gus mencetuskan kebimbangan krisis berkenaan akan merebak dalam sektor perbankan.
Penganalisis beranggapan, peristiwa itu membayangkan kesan negatif susulan kenaikan kadar faedah secara agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pakar Persatuan Perdagangan Antarabangsa China (CAIT), Li Yong menyifatkan kebankrapan SVB turut mencerminkan kegagalan dasar kerajaan AS dari segi pengurusan kewangan.
"Ia bukan sekadar menjerumuskan sistem kewangan global ke dalam kegawatan, malah pada akhirnya juga menjejaskan sistem perbankan sendiri," kata beliau semasa temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.