- Lain-lain
Lawatan Xi ke Rusia, Perjalanan Persahabatan, Kerjasama dan Damai
Lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Rusia pada 20 hingga 22 Mac yang menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa, adalah satu perjalanan yang berunsurkan persahabatan, kerjasama dan kedamaian.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Qing Gang pada saat sebelum berakhirnya lawatan terbabit.
Menurut beliau, China dan Rusia menjunjung tinggi prinsip tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan pihak ketiga sepanjang pengembangan hubungan bilateral. Pada sedekad lalu, Xi dan Putin mengekalkan interaksi erat dan saling memberi sokongan yang teguh. Dalam konteks ini, China dan Rusia berusaha mendorong Perkongsian Koordinasi Strategik komprehensif yang dipercayai bukan sahaja menyejahterakan rakyat, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan umat manusia.
Menurut Qin Gang, sejak tercetusnya krisis Ukraine, China yang bersikap objektif dan adil, dengan aktif memujuk pelbagai pihak untuk mewujudkan rundingan damai.
China bersikap ikhlas mengusahakan kedamaian dan rundingan tanpa bermotifkan politik dan manipulasi geopolitik, dan bertindak mendorong gencatan senjata bagi mengakhiri peperangan. Ini mencerminkan China sebagai satu negara kuasa besar sudi memikul tanggungjawab yang serasi dalam penyelesaian masalah hangat masyarakat antarabangsa pada era baharu, dan selaras dengan kepentingan dan harapan rakyat di kebanyakan negara, termasuk Rusia dan Ukraine.
- Xi, Putin Mahu Selesaikan Krisis Ukraine Melalui Rundingan Damai
- China, Rusia Komited Perkasa Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif untuk Era Baharu
- Xi Jinping Bertemu dengan PM Rusia
- Xi, Putin Adakan Rundingan di Kremlin
- AS yang Bekalkan Senjata ke Medan Ukraine
- "Classic Quotes by Xi Jinping" Musim Kedua Disiarkan di Rusia
- Hubungan Rusia-China, Teladan Kerjasama yang Harmoni dan Kreatif
- Xi Jinping Melawat Rusia
- Telatah Panda “Dingding” Cuit Hati Pelancong
- Lawatan Xi ke Rusia, Perjalanan Persahabatan, Kerjasama dan Kedamaian
- Qin Gang Bincang dengan Menteri Luar Ukraine
- China Bantu Ukraine Jamin Keselamatan Fasiliti Nuklear
- Rakyat Austria Bantah Penghantaran Senjata NATO ke Ukraine
- Ribuan Rakyat Itali Desak NATO Hentikan Bekalan Senjata ke Ukraine
- Guterres Gesa Selesai Isu Ukraine Menerusi Saluran Diplomatik
- Krisis Ukraine Beri Banyak Pengajaran
- Penduduk Jerman Protes Bekalan Senjata ke Ukraine
- Krisis Ukraine: China Sedia Terus Main Peranan Konstruktif