- Lain-lain
China Keluarkan Laporan Pencabulan Hak Asasi Manusia di AS 2022
Pejabat Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan Laporan Pencabulan Hak Asasi Manunisa di Amerika Syarikat (AS) 2022.
Laporan itu terdiri daripada tujuh bahagian termasuk prakata, kegagalan teruk sistem penjagaan hak warga negara, demokrasi pemilihan ala AS yang semakin berongga, diskiminasi ras dan ketidaksamarataan yang semakin serius, krisis hidup asas rakyat lapisan bawah yang semakin meruncing, kemunduran bersejarah hak golongan wanita dan kanak-kanak, serta tindakan mencabuli hak asasi manusia dan menginjak-injak keadilan negara-negara lain.
Laporan itu menyifatkan tahun 2022 sebagai tahun kemunduran ikonik hak asasi manusia di AS.
Di AS, negara yang melabelkan diri sebagai "pembela hak asasi manusia", pelbagai masalah seperti politik wang, diskriminasi ras, keganasan senjata api dan polis, serta jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miskin semakin besar tetap wujud dan semakin serius.
Sementara itu, perundangan dan kehakiman hak asasi manusia banyak mundur, secara tidak langsung menjelaskan hak dan kebebasan asas rakyat AS.
Menurut laporan itu, ahli politik AS yang berkhidmat untuk kepentingan oligarki semakin mengabaikan permintaan asas rakyat, kehilangan kemahuan subjektif dan keupayaan objektif untuk membela hak asas rakyat dan tidak berdaya untuk menyelesaikan masalah struktur hak asasi manusia. Sebaliknya, AS mencemarkan nama negara lain dengan menggunakan alasan hak asasi manusia dengan sesuka hati, mengakibatkan pertentangan, perpecahan dan huru-hara di seluruh dunia. AS ternyata telah menjadi pengacau dan penghalang bagi pembangunan hak asasi manusia global.
- Pencapaian China Jaga Hak Kaum Minoriti Diperkenalkan dalam Sesi Ke-52 UNHR
- China Tegas Sangkal Fitnah Barat
- AS Digesa Kaji Diri, Berhenti Cabuli Hak Asasi Manusia
- China Bersama Pelbagai Pihak Dorong Perkembangan Hak Asasi
- China Kemuka Saranan Berhubung Pelaksanaan UDHR
- China Kemuka Saranan Terhadap Pembangunan Hak Asasi Manusia Antarabangsa di PBB
- Tuduhan Duta AS Penuh Pembohongan: MFA
- Plot Beralasan Hak Asasi Campur Tangan Urusan Dalaman Negara Lain Mustahil Berhasil
- Xinjiang Lakar Pencapaian Cemerlang dalam Menjamin Hak Asasi Manusia