- Lain-lain
China Seru Tingkatkan Kerjasama Antarabangsa Semarakkan Deklarasi Vienna
Deklarasi Vienna dan Program Tindakan ialah peristiwa penting dalam sejarah hak asasi manusia. Masyarakat antarabangsa dikehendaki menyemarakkan semangat Deklarasi, mengamalkan prinsip rakyat diutamakan, mendengar suara negara membangun, menghapuskan ketidaksamaratan, dan menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi, inklusif dan saksama.
Demikian dikatakan Wakil Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan organisasi antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu, pada sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada 29 Mac.
Beliau mewakili hampir 80 negara menyampaikan ucapan bersempena ulang tahun ke-30 Deklarasi Vienna dan Program Tindakan.
Chen Xu menyeru supaya memperkasakan kerjasama antarabangsa, menyemarakkan semangat Deklarasi Vienna dan menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi.