- Lain-lain
"Keabadian Digital", Gen Z Mula Buat Wasiat untuk "Peninggalan Elektronik" (3)
(foto: IC)
Temubual dengan Operator
Terdapat kalimat dalam "Coco" yang berbunyi, "Apabila tiada seorang pun di dunia yang hidup mengingati anda, inilah kematian yang muktamad."
Di Bilibili (Stesen B) yang menjadi tempat orang muda berkumpul, apabila pemilik akaun meninggal dunia, terdapat banyak inovasi dalam menguruskan harta pusaka digital. Pada tahun 2020, Stesen B membuka fungsi akaun peringatan untuk pemilik akaun yang tiada lagi sebagai cara untuk mengenang mereka. Selepas itu, apabila pemilik akaun meninggal dunia, ahli keluarga mereka boleh memohon untuk akaun peringatan tersebut. Difahamkan, ini adalah platform Internet pertama di China yang memperkenalkan fungsi sebegitu.
"Sebenarnya niat asal kami sangat mudah. ??Ia bukan untuk menyelesaikan sebarang masalah tertentu, tetapi benar-benar ingin menyimpan warisan si mati dan memberi sedikit ketenangan kepada yang masih hidup." Xiaoxiao, individu yang bertanggungjawab atas projek berkaitan di Stesen B memberitahu bahawa apabila diimbas kembali niat asal untuk menawarkan fungsi akaun peringatan, dia mendapati bahawa selepas beberapa pemilik akaun meninggal dunia, kandungan video kekal dalam akaun Stesen B dan ramai pengguna lain masih menyukai video mereka. Walaupum pemilik akaun telah meninggal namun masih ramai yang akan menulis komen-komen yang baik pada video-video tersebut. Disebabkan perkara inilah Stesen B secara rasminya membuka fungsi akaun peringatan pada penghujung tahun 2020.
"Dari sudut emosi, ini adalah perkara tambahan." Bagi Xiaoxiao, kewujudan Stesen B ini sendiri adalah satu perkara yang sangat menenangkan. Dalam dunia yang seluruhnya maya, beberapa perkara sebenar yang boleh memberi impak positif kepada orang lain terus disimpan. Sama ada untuk yang telah meninggal mahupun yang masih hidup, pasti ada kebaikan untuk mereka.
Tetapi Xiaoxiao juga menyebut bahawa memandangkan penggunaan fungsi ini melibatkan topik kematian, mereka tidak akan melakukan terlalu banyak promosi dan pengurusan akaun. Mereka juga tidak akan menyediakan akaun khas untuk menyimpan semua video dan kandungan pemilik akaun yang telah meninggal dunia untuk mengelakkan pengguna lain tersinggung, "Ini adalah kerana sudut pandang setiap orang tentang kematian berbeza."
Pada 13 April 2022, fungsi akaun peringatan Stesen B telah disemak semula. Pengguna boleh menetapkan akaun mereka sendiri mengikut pilihan. Sebelum ini, pemilik akaun hanya boleh memilih opsyen 'SEMUA' maklumat data akaun disimpan. Namun kini, pemilik akaun mempunyai tiga pilihan iaitu, menyimpan semua data video, menyimpan data video tetapi memadam komen atau membatalkan akaun. Semua ini meletakkan pilihan pengurusan akaun di tangan pengguna.
"Selepas pengubasuaian sistem, kita dapat lihat bahawa sesetengah pengguna mula memilih pilihan pertama, tetapi menukar kepada pilihan ketiga selepas beberapa hari." Menurut laporan, Stesen B tidak akan mengehadkan bilangan dan masa untuk pengguna membuat pilihan. Sebagai tanda hormat, pemilihan terkini akan diambil secara automatik sebagai standard untuk melaksanakan pemprosesan maklumat akaun.
"Kebanyakan pengguna kami adalah golongan muda, dan hampir 90% daripada mereka akan memilih untuk menyimpan semua maklumat akaun. Dan mereka tidak mengelak daripada topik kematian."
Semasa proses menyediakan akaun peringatan di Stesen B, terdapat banyak juga perbincangan mengenai etika digital. Sebagai contoh, sama ada akaun peribadi adalah kesinambungan wasiat peribadi, atau sama ada ia dianggap sebagai harta yang boleh diwarisi atau dibatalkan. Semua ini telah dipertimbangkan sebelum membuka fungsi ini.
"Memandangkan sesetengah pengguna telah melaporkan bahawa mereka tidak mahu menyimpan kandungan tertentu pada akaun sosial mereka dan memerlukan bantuan seseorang untuk membersihkannya tepat pada masanya, kami juga memberi perhatian kepada peraturan undang-undang yang berkaitan dan sentiasa mengkaji." Xiaoxiao berkata bahawa mereka juga akan memberi perhatian kepada kes luar negara. Walau bagaimanapun, China dan negara lain mempunyai sikap yang berbeza terhadap kematian. Syarikat mereka akan sangat berhati-hati dalam menetapkan beberapa fungsi.