- Lain-lain
Tulip Medium Pacu Pembangunan Desa
Kampung Wujiang, provinsi Zhejiang yang juga dikenali sebagai 'Tulip Kingdom' telah menjadi sebuah destinasi pelancongan popular hingga menarik kedatangan ramai pelancong dan peminat fotografi.
Pada beberapa tahun yang lalu, Xue Yong, seorang penduduk Wujiang berhenti daripada berniaga di provinsi Guangdong, selatan China dan kembali ke kampung untuk memulakan keusahawanan berasaskan penanaman bunga.
Beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman sendiri kepada para petani, bahkan turut membantu dalam aspek penanaman dan pengurusan.
“Mula-mula penduduk kampung tidak percaya ada orang sanggup membayar lima atau enam yuan (RM3.80) untuk membeli sekuntum bunga, dan apabila bunga itu berjaya dijual, mereka semuanya datang nak cari kerja,” kata Xue.
Menurut beliau, kini terdapat lebih 60 penduduk menceburi industri penanaman bunga di kampung Wujiang.
Selain dijual di pasar raya, kampung itu juga menawarkan perkhidmatan penstriman langsung setiap hari, menyaksikan jualan harian bunga-bungaan mencecah 30,000 hingga 50,000 kuntum.
Pada masa ini, sebuah ladang baharu sedang dibina di kampung Wujiang dalam usaha untuk menggalakkan integrasi silang industri membabitkan penanaman bunga, ekopelancongan dan kreativiti budaya.