- Lain-lain
Jerayawara CAEXPO ke-20 di Laos Bermula (2)
Jerayawara Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) edisi ke-20 membuka tirainya di Vientiane, Laos pada Isnin.
Acara selama tiga hari itu menyasarkan untuk mempergiat kerjasama China-Laos dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan, menggalakkan pemulihan ekonomi dan kemakmuran serantau, sekali gus memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.
Duta Besar China ke Laos, Jiang Zaidong dalam ucapannya menyuarakan harapan agar wilayah Guangxi memanfaatkan kelebihan selaku tetingkap kerjasama China-ASEAN untuk menarik lebih banyak syarikat Laos menyertai CAEXPO.
Jerayawara itu menyaksikan para peniaga aktif menyertai sesi perbincangan mengenai kerjasama perolehan membabitkan kenderaan elektrik, penanaman pertanian, teknikal dan lain-lain.