- Lain-lain
CNNP: Hemat Guna Kuasa Nuklear, Jaga Kelestarian Alam
Pada 22 April yang juga Hari Bumi ke-53, China National Nuclear Power (CNNP) menerbitkan Peta Hijau Loji Jana Kuasa Nuklear. “Peta ini menunjukkan sumbangan CNNP dalam pemuliharaan alam sekitar dengan penggunaan kuasa nuklear yang wajar.” Menurut CNNP, jumlah penjanaan elektrik komersial oleh pihaknya mencecah 1.2 trilion kWj, bersamaan dengan pengurangan pembakaran 360 juta tan arang, pengurangan pelepasan 950 juta tan karbon dioksida dan penanaman hutan seluas 3.28 juta hektar.
Biar tumbuhan tropika tumbuh padat dan subur di loji nuklear di Hainan, biar kuntul yang berhijrah jauh dapat jumpa habitat di Loji Nuklear Qinshan. Demikian matlamat CNNP yang berpegang kepada perkembangan nuklear yang selaras dengan pemuliharaan sumber alam, berusaha mewujudkan keharmonian antara manusia dan alam serta menyumbang kepada pembangunan yang mesra alam, karbon rendah dan berkualiti dan penyelesaian bagi perubahan iklim global.
Dari segi kuasa bersih, di samping mengembangkan kuasa nuklear dengan selamat dan teratur, CNNP juga menceburi projek penjanaan kuasa angin dan kuasa fotovolta. CNNP turut menggalakkan pengekstrakan wap daripada loji nuklear untuk pemanasan dan bekalan industri, bekerjasama dengan komuniti sekitar untuk mengusahakan pelan “Bandar Masa Depan Karbon Sifar”. Projek demo pertama di selatan China (fasa 1) yang menggunakan tenaga nuklear (bekalan Loji Qinshan) untuk menjana haba rasminya beroperasi pada 3 Disember 2021, meliputi 460,000 meter persegi. Operasinya kekal stabil pada musim pemanasan pertama selama 100 hari tahun ini, menampung keperluan 4,000 keluarga di kaunti Haiyan, bandar Jiaxing, provinsi Zhejiang.
“Pada masa akan datang, CNNP akan memanipulasi sifat kuasa nuklear sebagai sumber elektrik beban asas (baseload power), mempercepat perkembangan industri tenaga boleh baharu dan mendorong pembangunan ‘tenaga nuklear+pemandangan alam+industri baru tangkas (agile new industry)’ yang serentak.”
Kata pihak CNNP, dianggarkan jumlah kapasiti terpasang kuasa elektrik syarikatnya akan melebihi 100 juta kW pada 2035, dan penggunaan tenaga nuklear dalam kuasa motor, pemanasan, penyahgaraman air laut dan pengeluaran hidrogen akan dikembangkan dari aspek komersial dan industri.