- Lain-lain
Xi Cakna Isu Keterjaminan Makanan dan Tenaga
Keterjaminan makanan dan tenaga antara perkara yang menjadi tumpuan Presiden Xi Jinping apabila mengadakan tinjauan di bandar Cangzhou, provinsi Hebei pada Khamis.
Beliau memulakan lawatannya dengan mengunjungi ladang gandum yang terletak di pekan Jiucheng untuk melihat sendiri keadaan tanaman jenis tahan kemarau dan alkali.
Untuk rekod, Cangzhou memiliki tanaman jenis seumpama seluas 668,000 hektar, dengan output sebanyak 223,700 tan pada 2022.
Rantaian perindustrian gandum yang lengkap turut dibentuk membabitkan pengurusan pesanan, penyimpanan dan transit, pemprosesan tepung, pengeluaran makanan dan lain-lain.
Terdahulu, Xi pernah memberi penekanan tentang perlunya mengoptimumkan tanah masin alkali di seluruh negara kerana ia berperanan penting dalam memastikan bekalan makanan domestik sentiasa mencukupi.
Pada hari sama, beliau menjejakkan kaki ke Pelabuhan Arang Batu Huanghua untuk melihat sendiri operasi serta rancangan pembangunan fasiliti itu.
Sebagai pelabuhan arang batu terbesar China, pelabuhan Huanghua mengendalikan truput sebanyak 212 juta tan pada tahun lepas, mendahului pelabuhan lain dalam negeri selama empat tahun berturut-turut.
- Bekalan Makanan China Kekal Mencukupi
- Buku Mengenai Wacana Xi Jinping Berhubung Keselamatan Makanan Diterbitkan
- Berusaha Jamin Penghasilan Bijirin Lebih 650 bilion Kg Tahun ini
- Ganding Bahu ke Arah Sifar Kelaparan
- Output Bijirin China Pecah Rekod Lagi
- Pembelian Bijirin Tuaian Musim Gugur 70 juta Tan Lebih
- Tingkat Hasil Bijirin—Kerjasama Menang-Menang antara China, CIMMYT
- China Ambil Berat Keselamatan Bahan Makanan Dunia
- Ucapan Tertulis Xi untuk Forum Antarabangsa Bantuan Padi Hibrid dan Keselamatan Bijirin Dunia