- Lain-lain
PBB Unjur Ekonomi China Berkembang 5.3% Tahun Ini
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan "Situasi dan Prospek Ekonomi Dunia Tahun 2023” untuk setengah tahun pertama pada Selasa, dan menyebut kadar pertumbuhan ekonomi China bagi tahun ini diunjurkan akan mencatat 5.3% berbanding unjuran yang dibuatnya sebelum ini, iaitu 4.8%.
Menurut laporan itu, ekonomi sejagat pada tahun ini akan berkembang pada kadar 2.3%, mengingkat 0.4 mata peratus berbanding unjuran yang dibuat dalam laporan yang dikeluarkan pada bulan Januari.
Hamid Rashid, petugas jabatan pengawasan ekonomi sejagat di bawah Bahagian Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB ketika bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) menyatakan bahawa jualan runcit China pada suku tahun pertama sangat kuat sehingga melepasi jangkaan orang ramai, dan trend itu kekal kuat hingga sekarang. Serentak itu, prestasi industri perkhidmatan juga amat baik di China, manakala jualan hartanah meningkat semula terutamanya jualan perumahan baharu.
ambah beliau, kadar inflasi China lebih rendah berbanding yang tercatat di banyak entiti ekonomi utama yang lain. Selain itu, China mempunyai dasar kewangan yang baik. Kesemua ini bermakna pertumbuhan ekonomi negara ini boleh banyak memanfaatkan pelaksanaan dasar monetari dan dasar kewangan yang sangat akomodatif.
Laporan PBB tersebut menunjukkan bahawa memandangkan kadar inflasi kekal pada paras tinggi, kadar faedah meningkat dan bertambahnya isu-isu yang tidak menentu, prospek pemulihan ekonomi sejagat tetap suram dan berdepan dengan risiko bertumbuh pada kadar rendah untuk suatu jangka masa yang panjang.
- Beijing Selar AS Senarai Hitam 36 Entiti China
- Akta Pengurangan Inflasi AS akan Burukkan Persaingan: Von der Leyen
- Pertumbuhan Ekonomi China Positif Buat Dunia: NIESR
- China Pemacu Utama Pertumbuhan Ekonomi Asia Pasifik: IMF
- Mesyuarat Politburo Analisis Situasi Ekonomi Semasa
- Pemulihan Ekonomi China pada S1 akan Manfaatkan ASEAN
- Pemulihan Ekonomi China Sumbang kepada Pertumbuhan Sejagat
- Infografik: Dagangan Asing China Kembali Tumbuh
- China Komited Memberi Sumbangan kepada Pembangunan Ekonomi Dunia
- IMF Unjurkan Pertumbuhan Ekonomi China 5.2% Tahun 2023
- GAMF Fokus Tindak Balas terhadap Perubahan Landskap Dunia
- Li: Pertumbuhan Ekonomi China Berpurata 5.2% Setiap Tahun