- Lain-lain
Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Komited Tingkatkan Perpaduan, Kata Pakar
Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang diadakan di Xi'an, iaitu tempat titik permulaan Jalan Sutera Kuno baru-baru ini komited kepada pembinaan kepercayaan strategik, perpaduan, serta kerjasama saling menguntungkan dan menang-menang.
Beberapa pakar dan sarjana antarabangsa ketika ditemu bual oleh Kumpulan Media China (CMG), berpendapat bahawa ia adalah jauh berbeza dengan sidang kemuncak Kumpulan 7 (G7) yang dilihat mahu mengakibatkan perpecahan.
Pakar isu antarabangsa dari Iran, Gholamreza Rajaei berkata bahawa Sidang Kemuncak China-Asia Tengah pertama merupakan mesyuarat bersejarah yang penting dan menjadi demonstrasi baharu bagi perpaduan dan kerjasama negara-negara membangun.
"Lebih 100 perjanjian kerjasama dalam pelbagai bidang yang ditandatangani antara China dengan lima negara Asia Tengah akan memainkan peranan positif bagi mendorong pembangunan ekonomi serantau bahkan dunia."
"Ini menjadi tarikan dan rangsangan kuat bagi negara-negara membangun," tambah beliau.
Pengulas tersohor dari Pakistan, Muhammad Fiaz Kiani berpendapat bahawa gagasan Presiden China, Xi Jinping dalam sidang kemuncak kali ini iaitu membina komuniti berkongsi nasib China-Asia Tengah yang saling membantu, membangun bersama, selamat dan bersahabat turun-temurun, mencerminkan daya hidup kuat dalam hubungan China-Asia Tengah pada era baharu.
Menurutnya, sidang kemuncak yang amat signifikan kali ini melambangkan bahawa hubungan China-Asia Tengah telah memasuki era baharu.
Sarjana terkenal dari Jepun, profesor pelawat dari Universiti Antarabangsa Higashi Nippon, Saionji Kazuteru turut membandingkan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah dengan Sidang Kemuncak G7 yang diadakan di Horoshima pada masa yang sama.
Menurutnya, beberapa negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) sibuk mencemarkan nama China dalam sidang kemuncak G7 tersebut dan membincangkan kaedah untuk terus mengacau China.
"Ini (G7) adalah mesyuarat yang ingin membuatkan dunia berpecah, manakala sidang kemuncak China-Asia Tengah merupakan mesyuarat yang membina kesalinghubungan," ujar Kazuteru.
- Qin Gang Perincikan Hasil Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- China, Asia Tengah Bentuk Mekanisme Pertemuan Ketua Negara
- Isteri Presiden China Jemput Wanita Pertama dari Asia Tengah Lawat Teater Yisu
- Pokok Delima Saksi Hubungan Muhibah China-Asia Tengah
- Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Cermin Kestabilan dan Kemakmuran Serantau
- Xi Gariskan Hala Tuju Kerjasama China-Asia Tengah
- Xi Rai Pemimpin Asia Tengah dalam Majlis Gilang-gemilang
- Xi dan Isteri Rai Pemimpin Asia Tengah
- Xi Galak Shaanxi Jadi Contoh Pacu Modenisasi Ala China
- Sidang ketujuh Dewan Perniagaan China-CEEC Berlangsung