• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Kopi, Lambang Shanghai Terbuka kepada Dunia

    Di Shanghai, industri kopi sedang tumbuh dengan rancak. Minum kopi sudah menjadi gaya hidup bagi warga bandar ini.

    Kisah Kopi dan Shanghai

    170 tahun yang lalu, iaitu tahun 1853, ahli farmasi Britain, J. Lewellyn memperkenalkan kopi ke Shanghai dan menjualnya di kedai ubat. Pada masa itu, penduduk tempatan memanggilnya “sirap ubat batuk”.

    Pada tahun 1866, kedai kopi pertama di Shanghai, “Kedai Kopi Hongkou” dibuka. Pelanggan sasarannya adalah pelayar.

    Pada tahun 1958, jenama kopi “Shanghai” dilahirkan di bandar raya ini dan kemudiannya menjadi jenama yang paling ternama pada zaman itu.

    Pada Mei 2000, Starbucks membuka kedai pertama di Shanghai. 22 tahun kemudian, Shanghai menjadi bandar pertama di dunia yang memiliki lebih 1,000 kedai Starbucks.

    Menurut statistik Shanghai Basic Facts 2023, setakat April, jumlah kedai kopi di Shanghai telah melebihi 8,000, jauh mendahului New York, London dan Tokyo, menduduki tempat pertama di dunia. Secara puratanya terdapat 1.3 kedai kopi per satu kilometer persegi di Shanghai, manakala bilangan kedai kopi bagi setiap 10,000 orang adalah 3.16.

    Bukan sekadar tempat minum, kedai kopi telah menjadi tempat warga Shanghai bersosial dan berbincang tentang urusan mereka.

    Kedai Starbucks paling utara di Shanghai. (Wu Yue)

    Kedai Starbucks paling utara di Shanghai. (Wu Yue)

    Kopi Rangsang Ekonomi

    Shanghai juga bandar yang paling banyak minum kopi di China, dengan setiap orang minum sekitar 20 cawan kopi setahun berbanding purata negara iaitu empat hingga lima sahaja, menunjukkan kuasa beli para pengguna di Shanghai. Di samping itu, 55.88% daripada kedai kopi Shanghai adalah kedai kopi butik atau kedai kopi bebas, satu cerminan kemampuan inovasi bandar ini.

    Kedai kopi mini yang beroperasi di ruang awam komuniti, kedai kopi cakar beruang yang mengupah pekerja OKU, kedai kopi kenangan yang khusus untuk melayan warga emas yang mengalami gangguan fungsi kognitif......Kedai kopi yang beraneka jenis memperlihatkan kepelbagaian dan keinklusifan bandar ini.

    Semangat inovasi kedai kopi di Shanghai juga selaras dengan wawasan untuk menjadikan Shanghai “bandar inovasi” menjelang 2035, yang dapat dilihat daripada program-program seperti “keusahawanan kopi”, “taman perindustrian kopi” dan sebagainya.

    Perlu diberi perhatian bahawa budaya minum kopi di Shanghai turut memberi manfaat dalam merangsang penggunaan domestik serta menaik taraf industri. Shanghai antara bandar yang paling banyak membeli kopi keluaran Yunnan, yang juga menjadi sumber momentum untuk pembaikan kualiti kopi tempat itu.

    Kedai Kopi Cakar Beruang. (Foto ihsan Persatuan OKU Shanghai)

    Kedai Kopi Cakar Beruang. (Foto ihsan Persatuan OKU Shanghai)

    Kopi Hubungkan Shanghai dan Dunia

    Festival Kopi Lujiazui pertama membuka tirai pada tahun 2016, buat julung kalinya memperkenalkan konsep pesta kopi di kawasan terbuka kepada Shanghai. Pada musim bunga tahun ini, Festival Kopi Lujiazui ke-7 muncul sebagai festival kopi terbesar di China dengan penyertaan 213 jenama kopi berbanding 24 sebelumnya, menarik kehadiran pengamal serta penggemar kopi dari seluruh negara.

    “Daripada sebuah festival kopi peringkat bandar, ia telah berkembang menjadi jambatan yang menyambungkan industri kopi China dengan dunia.” Kata pihak penganjur, Festival Kopi Lujiazui yang tempat lahirnya terletak di Lujiazui, salah satu jendela kepada keterbukaan China, telah mewarisi dan meneruskan misi keterbukaan serta semangat inovasi bandar ini.

    Festival Kopi Lujiazui ke-7.

    Festival Kopi Lujiazui ke-7.

    Semakin banyak produk dan jenama kopi sedang berusaha untuk memasuki pasaran Shanghai melalui Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dan platform transaksi “6+365” yang juga memberi kesan kepada pasaran Delta Sungai Yangtze bahkan pasaran seluruh China. Shanghai kini layak dipanggil “kota kopi dunia”.

    Semakin banyak jenama kopi membuka kedai pertamanya di Shanghai. Jenama kopi tempatan juga giat meneroka pasaran di luar negara. Dengan kopi sebagai pengantara, Shanghai semakin terbuka kepada dunia.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>