- Lain-lain
AS Sambut Kedatangan Duta Besar China yang Baharu
Xie Feng, Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS) yang baru menyandang jawatannya, telah menemui Naib Setiausaha Negara AS, Victoria Nuland pada Khamis waktu tempatan. Nuland mengala-alukan Xie Feng memulakan tempoh perkhidmatannya sebagai Duta Besar China di AS dan menyatakan akan menyediakan kemudahan dan sokongan yang diperlukannya.
Xie menyatakan bahawa memandangkan hubungan China-AS berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara bahkan masa depan dunia, AS diharap bertindak sehaluan dengan China, melaksanakan konsensus penting yang tercapai Presiden Xi Jinping dan Joe Biden dengan tindakan yang besungguh-sungguh, dan komited mencari dan meneliti pendekatan yang sesuai untuk mengembangkan hubungan dua hala pada era baharu. Kedua-dua pihak diharap saling menghormati, hidup bersama secara damai, melakukan kerjasama yang bersifat sama menang, menambah dialog, mengawal perselisihan dan mendorong kerjasama agar hubungan bilateral kembali ke landasan yang betul.
Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu yang menjadi tumpuan bersama serta bersetuju merapatkan komunikasi selanjutnya.
- Menteri Perdagangan China, AS Adakan Perbincangan
- Duta Besar Baharu Bersedia Tingkatkan Interaksi dan Kerjasama China-AS
- China Harap AS Bekerjasama Perbaiki Hubungan Bilateral
- China, AS Boleh dan Perlu Bekerjasama: PM Li
- China dan AS perlu Bina Hubungan Saling Untung
- AS Digesa Tunjuk Keikhlasan, Betulkan Kesalahan
- AS Digesa Bentuk Penginsafan Objektif dan Rasional terhadap China
- China, AS Perlu Kekal Komunikasi, Elak Salah Tanggap
- China AS Bincang Isu Ekonomi dan Cabaran Global
- China Alu-alukan Lawatan Blinken