- Lain-lain
China Komited Galakkan Pembangunan Damai: Li Shangfu
Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Li Shangfu menyampaikan ucapan yang bertajuk "Inisiatif Keselamatan Baharu China", sempena menghadiri Dialog Shangri-La ke-20 di Singapura semalam.
Beliau menyatakan bahawa hubungan antara China dengan Amerika Syarikat(AS) berkait rapat dengan kestabilan strategi global dan menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.
"Saling menghormai, hidup bersama secara damai, dan kerjasama menang-menang, inilah tiga prinsip yang harus diamalkan dalam hubungan China-AS," kata beliau.
Menyentuh isu Taiwan, Li menyatakan bahawa isu tersebut merupakan kepentingan teras China. Sekiranya sesiapa ingin memisahkan Taiwan dari China, tentera China tidak akan berganjak, tidak takut akan mana-mana pihak, dengan tegas memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah dengan apa jua cara.
Beliau menyatakan, ada negara mencampuri hal ehwal dalaman negara lain dan isu serantau secara sesuka hati, mengenakan sekatan sepihak, menakutkan negara lain dengan kekerasan, dan mencetuskan 'revolusi warna' serta perang proksi.
"Mereka membuat kekacauan dan meninggalkan kecelaruan. Perkara seumpama itu adalah tidak dizinkan berulang lagi di rantau Asia-Pasifik," ujar beliau.
Beliau menegaskan bahawa China komited dan bertindak dalam menggalakkan pembangunan damai di dunia.
"Modenisasi ala China memainkan peranan penting bagi mendorong pembangunan bersama, memelihara keamanan dunia, dan menambah baik tadbir urus global," kata Li.
- Anggota G7 Tuding Jari Isu Taiwan, Ibarat Jolok Sarang Tebuan
- WHA Menolak Lagi Usul Melibatkan Taiwan
- Keputusan China Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA Dapat Sokongan Meluas
- Lawatan 'Performatif' Truss ke Taiwan Undang Kecaman
- Wang Yi Bertemu Sullivan
- Korea Selatan Digesa Patuhi Prinsip Satu China
- Guatemala Diingat Jangan Beranikan Kuasa Pemisah
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan
- PLA Pantau Kapal Milius Melalui Selat Taiwan
- Subahat AS-Taiwan: Jalan yang Buntu