- Lain-lain
Honduras Buka Kedutaan di China
(CRI)Isnin 12 Jun 2023
Honduras membuka kedutaannya di China secara rasmi semalam.
Pembukaan kedutaan di Beijing itu dirasmikan bersama Menteri Luar Honduras, Eduardo Enrique Reina dan Menteri Luar China, Qin Gang.
Pada 25 Mac lalu, Kementerian Luar Honduras menerusi satu kenyataan mengumumkan untuk memutuskan ‘hubungan diplomatik’ dengan Taiwan.
Sehari selepas itu, China dan Honduras memeterai pengumuman bersama mengenai penjalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Dengan ini, Honduras menjadi negara ke-182 yang menjalinkan ikatan diplomatik dengan China.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang