- Lain-lain
Kapal Latihan Tentera Laut China Mulakan Lawatan Muhibah di Filipina
Kapal latihan yang terbesar milik Tentera Laut China yang bernama Kapal Qi Jiguang yang sedang dalam misi praktik dan kunjungan tiba di Pelabuhan Selatan Manila, Filipina pada Rabu untuk memulakan lawatan muhibah selama empat hari.
Lebih daripada 300 personaliti, termasuk Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian, diplomat Kedutaan China, perwakilan syarikat China, persatuan Cina di Filipina dan media menyambut ketibaan Kapal Qi Jiguang di Dermaga No.15.
Seramai lebih seratus perwakilan tentera laut Filipina termasuk komander Littoral Combat Force (LCF) Filipina, Carlo Lagasca mengadakan majlis meriah untuk mengalu-alukan ketibaan kapal latihan China tersebut.
Semasa lawatan di Filipina, komander pihak China akan bertemu dengan komander Tentera Laut Filipina, Toribio Adaci dan menghadiri majlis jamuan malam yang dihoskan oleh tuan rumah.?
Anak-anak kapal tentera China pula akan diatur mengunjungi kapal-kapal tentera laut Filipina dan mengadakan pertukaran profesional mengenai latihan ketenteraan serta aktiviti sukan persahabatan dengan anggota tentera laut Filipina. Manakala menurut jadual berkenaan, sesi kunjungan untuk orang ramai dan majlis resepsi dek akan dianjurkan di Kapal Qi Jiguang.
Ini merupakan lawatan pertama bagi Kapal Qi Jiguang ke Filipina dan juga lawatan sekali lagi kapal tentera laut China ke negara itu sejak Januari 2019. Sebelum ini, Kapal Qi Jiguang pernah mengadakan lawatan ke Vietnam, Thailand dan Brunei.