- Lain-lain
BIBF Ke-29 di Beijing
Pameran Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) ke-29 telah membuka tirainya di Pusat Persidangan Kebangsaan semalam, dan majlis pembukaannya disempurnakan oleh Ketua Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Li Shulei.
BIBF edisi 2023 yang bertemakan "memperincikan pelajaran dan pertukaran antara peradaban" itu terdiri daripada zon pameran domestik, seberang laut, terbitan siber dan pameran khusus untuk Karnival Buku Beijing. Terdapat lebih 200,000 jenis buku dipamerkan dalam ruangan yang seluas 51,900 meter persegi. Lebih 2,500 pempamer dari 56 buah negara dan rantau termasuk Algeria sebagai tetamu kehormat, dilaporkan melibatkan diri dalam temasya itu secara hibrid.
Dimaklumkan, lebih 1,000 aktiviti pertukaran juga diadakan, termasuk forum pembangunan terbitan siber, pameran terbitan premium, pempromosian tabiat membaca dan pelancaran bertema.