- Lain-lain
Maju Bersama, Hasrat China dalam Forum Davos Musim Panas 2023
Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri Dialog Usahawan Sejagat Forum Ekonomi Dunia pada sebelah petang semalam.
Selepas mendengar ucapan para wakil usahawan, Li meluahkan harapan agar ahli perniagaan memperincikan jadual kunjungan di China dan bertindak mengenali China dari tiga dimensi. China bukan sahaja menumpu kepada pembangunan domestik malahan juga aktif berkongsi peluang pembangunan dengan pelbagai pihak lain. China akan meningkatkan penyelarasan dengan peraturan ekonomi serta perdagangan antarabangsa yang berspesifikasi tinggi dan tahap keterbukaan dari segi sistem, manakala mempercepat langkah dalam membina iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran dan bertaraf dunia, serta memartabatkan penguatkuasaan undang-undang yang dilihat kondusif bagi perkembangan syarikat yang pelbagai ke arah yang lebih baik.
Li menambah bahawa China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk mendorong perkembangan sains canggih dan meneroka bidang kerjasama baharu.
Beliau juga telah menjawab soalan para usahawan mengenai perincian dalam kerjasama antara jabatan pemantau dengan sektor korporat, pengurusan data dan menyahut cabaran akibat perubahan iklim.
Para wakil usahawan menyatakan bahawa China adalah pasaran yang paling dinamik dan tetap berpotensi besar dalam pertumbuhan pada masa depan, dan mereka menyokong peningkatan kerjasama dengan China, mengekalkan pelaksanaan strategi “di China, demi China”, bersedia mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi China ke arah yang berkualiti tinggi, memperhalusi kerjasama rantai industri dan rantai bekalan dalam senario global, sinergi menyahut cabaran global seperti perubahan iklim dan memupuk perkongsian yang saling menguntungkan dan sama menang.