- Lain-lain
"Karnival Larian Lambaian Sukan Asia" di Timor Leste
Sebagai acara tradisional bagi menyambut Sukan Asia dan jambatan untuk merapatkan silaturahim dan merancakkan pertukaran kebudayaan di kalangan rakyat negara Asia, "Karnival Larian Lambaian Sukan Asia" anjuran Majlis Olimpik Asia (OCA) telah diadakan di Dili, Timor Leste kelmarin.
Turut serta, lebih 600 orang pelajar tempatan, anggota pertubuhan sukan dan wakil kedutaan asing.
Mereka menyelesaikan larian sepanjang 5 kilometer dengan melalui Muzium Perjuangan dan Universiti Kebangsaan Timor Leste.
Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Timor Leste berkata, negaranya akan menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 40 atlet untuk beraksi dalam sebelas acara termasuk angkat berat, renang dan tinju dalam Sukan Asia ke-19 yang akan diadakan di Hangzhou, China pada masa tidak lama lagi.
- Hampir RMB1.5b Kontrak Dipersetujui pada CICAF Ke-19
- Pingat Sukan Asia Ke-19 "Hushan" Ditunjukkan kepada Umum
- Foto Perspektif Luar Biasa pada Acara Sukan
- 100 Hari Menjelang Sukan Asia, Hangzhou Bersedia Sepenuhnya
- Ritual Ambil Benih Api untuk Sukan Asia Ke-19 di Hangzhou
- Sukan Asia Bakal Saksikan Penglibatan Semua 45 Anggotanya di Hangzhou
- Stadium E-Sukan Sukan Asia Hangzhou Serba Canggih
- Sukan Asia Tenggara Ke-32 Buka Tirai
- Kerja Persiapan Sukan Asia Hangzhou Berjalan Lancar
- Persidangan Ketua Delegasi Sukan Asia Hangzhou Dirasmikan