- Lain-lain
China Umumkan Larangan Import Makanan dari 10 Wilayah Jepun
Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) mengumumkan larangan import ke atas produk makanan dari 10 wilayah Jepun, termasuk Fukushima.
Menurut petugas berkenaan pada Jumaat, langkah ini diambil untuk menghalang pengimportan makanan tercemar radioaktif dari Jepun dan memastikan keselamatan makanan import untuk pengguna China terjamin.
Agensi Atom Antarabangsa (IAEA) mengeluarkan satu laporan penilaian terhadap rancangan Jepun berhubung melepaskan air tercemar nuklear ke laut baru-baru ini.
Petugas GACC itu pada sidang akhbar berkata, laporan tersebut dianggap tidak mengandungi semua pandangan pakar yang terlibat dalam kerja penilaian, dan keputusan yang dibuatnya juga tidak mendapat pengiktirafan pakar secara menyeluruh.
Petugas itu menjelaskan bahawa pihaknya akan memperkuatkan pengawasan, melaksanakan pemeriksaan yang ketat pada tahap 100% terhadap dokumen pengesahan yang disertakan dengan import makanan, terutamanya produk akuatik (termasuk haiwan akuatik yang boleh dimakan) dari kawasan lain di Jepun, dan memperhebat pemantauan bagi mengesan bahan radioaktif dan mencegah pengimportan produk yang berisiko dari Jepun.
- China Kesal IAEA Beri Kelulusan kepada Rancangan Jepun
- China Desak Jepun Hentikan Rancangan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Keputusan NRA Diumum dalam Masa Terdekat
- Jepun Digesa Tangani Air Tercemar Nuklear dengan Selamat
- Jepun 'Selfish', Siap Buang Air Kumbahan Nuklear ke Laut
- Lautan Bukan Pembetung Peribadi Jepun: MFA
- Air Kumbahan Terbocor, Pantai Awam Ditutup
- Jepun Tidak Boleh Lepaskan Air Tercemar Tanpa Persetujuan Masyarakat Antarabangsa
- 93.21% Responden Menentang Jepun Buang Air Cemar Nuklear ke Laut
- Tunjuk Perasaan Rakyat Jepun Tentang Rancangan Buang Air Cemar Nuklear ke Laut