- Lain-lain
Tren Pintar Kuasa Hidrogen Pertama Dunia Bakal Diangkut ke Malaysia (2)
Malam 14 Julai, tren pintar berkuasa hidrogen pertama di dunia siap untuk diangkut dari Zhuzhou, Hunan ke pelabuhan Shanghai dan kemudiannya akan terus dihantar ke Malaysia.
Tren ini dibangunkan secara persendirian oleh CRRC Zhuzhou Locomotive Co., Ltd. (CRRC ZELC) dan bakal digunakan untuk pengangkutan awam di Kuching, Sarawak. Tren ini yang pertama menggunakan hidrogen sebagai sumber kuasa, mempunyai kelebihan dari segi jarak pemanduan yang lebih panjang iaitu 245 km, masa mengisi bahan api yang lebih singkat, sifat karbon rendah dan mesra alam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi pintar, sesuai dengan permintaan pihak Malaysia untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang pintar dan pelepasan karbon sifar.
Dimaklumkan bahawa, setelah tiba di Malaysia, ia akan menjalani ujian larian di Kuching selama tiga bulan dan dijangka akan mengurangkan kesesakan lalu lintas setempat.