- Lain-lain
15 Spesies Ikan Paus Dilihat di Laut China Selatan (3)
Sekurang-kurangnya 15 spesies ikan paus dilihat semasa ekspedisi saintifik terbaru yang dijalankan oleh pasukan penyelidik China di perairan utara Laut China Selatan.
Ekspedisi tersebut dikendalikan oleh sepasukan penyelidik dari Makmal Mamalia dan Bioakustik Marin di bawah Institut Sains dan Kejuruteraan Laut Dalam, Akademi Sains China. Selepas belayar selama 20 hari merentasi jarak 3,500km, mereka kembali ke Sanya di provinsi Hainan, selatan China pada 15 Julai.
Para penyelidik telah menjalankan kajian mereka dengan menggunakan gabungan pemerhatian visual dan pemantauan akustik pasif, dibantu oleh pengumpulan DNA persekitaran. Mereka memerhatikan sekurang-kurangnya 15 spesies ikan paus termasuk 10 jenis yang mampu menyelam hingga ke laut dalam. Turut ditemui, sebanyak 5 spesies dolfin yang menjadikan kawasan tengah-tengah laut sebagai habitat.
Ekspedisi terbaru ini memberi bukti lanjut akan kayanya biodiversiti ikan paus di perairan yang ditinjau. Sebagai satu spesies penting untuk mengukur ekosistem marin, ikan paus menunjukkan keadaan persekitaran setempat, dan kajian berkaitan haiwan tersebut amat perlu untuk perlindungan persekitaran ekologi Laut China Selatan, menurut para penyelidik.
- China Galak Modenisasi Berteraskan Simbiosis Manusia, Alam Sekitar
- Aksu: Daripada Padang Pasir kepada Tembok Besar Hijau
- Xi Tandatangan Dekri
- Senada Seru Perkukuh Kerjasama Rungkai Cabaran Global
- China Jadi Contoh Kawalan Penggurunan
- Xi Mahu Usaha Konsisten Cipta Keajaiban Baharu dalam Bendung Penggurunan
- Hari Alam Sekitar Sedunia: Guangzhou, Habitat Mesra Burung
- Xi Pekan Akan Cara Hidup Mesra Alam
- Wang Feiteng, Si Pelindung Glasier
- Monyet Daun Francois Ditemui di Barat Daya China