- Lain-lain
Pelaburan Dalam Aset Tetap Pengangkutan China Naik 9.1 Peratus
(CRI)Isnin 31 Julai 2023
Pelaburan dalam aset tetap bagi sektor pengangkutan di China berjalan pada tahap tinggi, dengan merekodkan jumlah RMB1.83 trilion (RM1.16 trilion) pada separuh pertama tahun ini, naik 9.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pada masa sama, jumlah kendalian kargo di pelabuhan seluruh negara mencapai 8.19 bilion tan, menokok 8 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
Pegawai Kementerian Pengangkutan China dalam sidang media di Beijing hari ini berkata, sektor pengangkutan menunjukkan trend pemulihan baik sejak tahun ini, sekali gus memberikan jaminan kukuh kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang