• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Budaya, Rasa Barbeku Etnik Timur Laut Digemari Seluruh China

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 04 Ogos 2023

    Foto yang diambil pada 19 Jun 2023 ini menunjukkan barbeku tradisional kumpulan etnik Daur di Kampung Baharu Hala, bandar Qiqihar, provinsi Heilongjiang, timur laut China. (foto: Zhang Yue/Xinhua)

    Foto yang diambil pada 19 Jun 2023 ini menunjukkan barbeku tradisional kumpulan etnik Daur di Kampung Baharu Hala, bandar Qiqihar, provinsi Heilongjiang, timur laut China. (foto: Zhang Yue/Xinhua)

    Kang Yan, seorang penduduk etnik Daur di provinsi Heilongjiang, tidak lagi ingat kali pertama dia mencuba berbeku tradisional semasa kecil, kerana dalam ingatannya hidangan tersebut sentiasa ada dalam budaya etnik Daur.

    Kini bekerja sebagai pelayan sebuah kafe di pintu masuk kampung halamannya iaitu Kampung Baharu Hala di bandar Qiqihar, wanita berusia 43 tahun ini berbual-bual tentang budaya barbeku tradisional pada setiap hari dengan para pelancong yang melihat jenis makanan itu sebagai lambang bandar tersebut.

    "Daging lembu barbeku yang digaul dengan tunas pokok willow Artemisia pada suatu ketika dahulu sesuatu yang unik kepada kumpulan etnik Daur, tetapi beransur-ansur diterima oleh kumpulan etnik lain hingga akhirnya menjadi hidangan tradisional di sini," katanya. Tapak perkhemahan dan kafe yang terletak di luar kampung itu kedua-duanya baru dibuka. Akan tetapi, hidangan lama yang memanggil-manggil pelancong dari serata China datang ke Qiqihar untuk menikmati kemudahan-kemudahan baharu ini.

    Kang yang lahir di Kampung Baharu Hala, berpindah ke kaunti lain selepas mendirikan rumah tangga. Setelah ibu bapanya menua, timbul hasrat Kang untuk pulang ke kampung bagi mencari kerja dan menjaga ibu bapa.

    Pintu peluang terbuka tahun lepas, apabila kampung itu membina tapak perkhemahan, kafe, inap desa dan pub untuk memajukan industri pelancongan. Kang berjaya mendapat kerja di kafe, yang menjual hidangan barbeku selain ayam goreng dan kentang goreng.

    Begitu popularnya kafe Great Journey Camp Coffee itu pada musim pelancongan, pengunjung perlu membuat tempahan dua minggu hingga satu bulan lebih awal. Kerja di sini membolehkan Kang menjana pendapatan lebih 6,000 yuan (3,800 ringgit) sebulan.

    Malahan, jenis barbeku tersebut telah pun tersebar luas ke tempat-tempat lain di seluruh China.

    Maklum Zhou Tao, timbalan ketua biro perniagaan Qiqihar, terdapat kira-kira 21,000 restoran barbeku Qiqihar di serata China. Jumlah syarikat e-niaga yang mengusahakan jenis barbeku ini pula telah meningkat kepada 50. Hasil seluruh industri barbeku Qiqihar tahun ini diunjurkan mencapai 30 bilion yuan (kira-kira 19 bilion ringgit).

    Zhou turut menjelaskan bahawa barbeku Qiqihar, yang munculnya sekitar tahun 900 Masihi, juga telah membantu menyebarluaskan budaya yang asalnya milik kelompok etnik nomad. Qiqihar, yang bermaksud "padang rumput ternak semula jadi" dalam bahasa Daur, menjadi tempat tinggal bagi etnik Mongol, Daur, Ewenki dan Oroqen.

    Sebuah pameran di muzium barbeku di Qiqihar menunjukkan orang zaman purba menggunakan batu untuk memasak hidangan ini, yang kemudiannya digantikan dengan kuali besi. Pada zaman sekarang, dulang pembakar khas telah direka untuk kegunaan barbeku dan fungsinya terus dibaiki. Bahkan, lengkung dan alur pada permukaan dulang dibuat dengan sungguh teliti.

    "Dari satu segi, fenomena barbeku Qiqihar menjadi kian popular memperlihatkan pewarisan budaya etnik," ujar Kang. "Saya harap lebih ramai orang akan menggemari hidangan ini."

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>