- Lain-lain
Konvoi China di Pakistan Alami Serangan Keganasan
Konvoi kereta yang dinaiki warga negara China mengalami serangan di pelabuhan Gwadar, Provinsi Balochistan Pakistan pada Ahad lalu. Kejadian ini tidak mengakibatkan kematian dan kecederaan orang China.
Setelah membantah sekeras-kerasnya lakuan keganasan itu, Kedutaan China ke Pakistan bersama dengan Konsulat Jeneral China ke Karachi bertindak pantas melancarkan pelan kecemasan, menggesa pihak Pakistan menjalankan siasatan dan menghukum pengganas yang disabit salah. Serentak itu, pihaknya juga meminta jabatan pelbagai peringkat Pakistan mengambil tindakan yang benar-benar efektif untuk mengelakkan serangan seumpama itu dari berulang.
China akan terus bersinergi dengan Pakistan menghadapi ancaman keganasan dan memelihara keselamatan pekerja, agensi dan projek berkenaan China di Pakistan.