- Lain-lain
Menteri Luar China, Malaysia Temu di Pulau Pinang
China bersedia bersinergi dengan Malaysia untuk memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan dan memantapkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.
Demikian kata Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di Pulau Pinang pada Jumaat.
Wang menyatakan China menyokong Malaysia menempuh jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri, dan memainkan peranan lebih besar dalam urusan serantau dan antarabangsa.
Menurutnya, kedua-dua pihak perlu mengukuhkan komunikasi dan koordinasi, meningkatkan kesalingpercayaan strategik, menyokong satu sama lain dalam usaha menjaga kepentingan teras, dan bersama-sama mempertahankan norma asas hubungan antarabangsa.
Tambah beliau, China akan mengimport lebih banyak produk pertanian yang berkualiti dari Malaysia, di samping memperdalam kerjasama melibatkan teknologi pertanian, keselamatan makanan dan lain-lain.
Sementara itu, Zambry berkata Malaysia akan terus menyokong serta aktif menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan melakukan yang terbaik untuk menggerakkan projek kerjasama utama.
Beliau turut menyuarakan harapan agar ikatan jalinan kedua-dua negara di segenap peringkat membabitkan semua bidang terus diperkukuh dan kerjasama saling untung dimantapkan lagi.
- Wang Yi Mulakan Lawatan ke Tiga Negara Asia Tenggara Hari Ini
- China, Malaysia Kukuhkan Hubungan Bilateral
- Tak Perlu Menjadi Seperti China, Tapi Boleh Belajar Sesuatu
- Zhao Leji Lakukan Lawatan Muhibah ke Malaysia
- China, Malaysia Berusaha Tingkatkan Kerjasama Pelancongan dan Sosiobudaya
- Hubungan Malaysia-China di Tahap Terbaik
- China, Malaysia Perkukuh Kerjasama dan Persahabatan
- Menteri Luar Malaysia akan Lawat China
- Kerjasama Malaysia, China Percekap Logistik Rentas Sempadan
- Memperkasakan Program Pertukaran Belia