- Lain-lain
China Teguh Membela Sistem Kawalan Senjata Nuklear Antarabangsa
China mematuhi dasar tidak menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu, sama sekali tidak menyasarkan hegemoni walaupun mempunyai simpanan senjata nuklear yang hanya digunakan untuk mencegah perang nuklear. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media Rabu.
Sidang persiapan pertama sesi pembahasan ke-11 Konvensyen Kawalan Senjata Nuklear telah diadakan di Vienna, Austria pada 31 Julai hingga 11 Ogos, menandakan bermulanya pembahasan pusingan baharu tentang topik terbabit.
Wang menekankan bahawa China teguh membela sistem kawalan senjata nuklear antarabangsa, menentang amalan meletakkan kepentingan geopolitik ke atas kawalan senjata nuklear. China aktif mendorong kerjasama antarabangsa dalam penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan damai, dan menekankan bahawa alam sekitar dan kesihatan manusia tidak boleh dijadikan korbanan dalam penggunaan tenaga nuklear itu.
Tambah beliau, China yang berpandukan arahan Presiden Xi Jinping yang melibatkan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global, berikrar sinergi dengan masyarakat antaranbangsa menjadikan Konvensyen Kawalan Senjata Nukear lebih relevan, berwibawa dan penguatkuasaanya lebih konsisten.