- Lain-lain
75 Negara Sahkan Sertai CIFTIS 2023
Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023 yang dijadual berlangsung mulai 2 September depan akan disertai oleh 75 negara dan organisasi antarabangsa.
Biro Perdagangan Beijing dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, CIFTIS 2023 akan menjadi platform untuk para peserta mempamerkan perkhidmatan unik dalam bidang ekonomi digital, budaya, pelancongan, pendidikan, dan perubatan.
Untuk edisi kali ini, Britain yang merupakan negara kehormat CIFTIS dimaklumkan akan turut membawa teknologi autostereoskopi, dan robot kecerdasan buatan (AI).
Dalam tempoh CIFTIS itu, pelbagai negara dan organisasi seperti Norway, Thailand, Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) akan mengadakan persidangan yang merangkumi teknik digital serta ekonomi kitaran hijau untuk mempromosikan kelebihan dan pencapaian terkini masing-masing dalam bidang perniagaan perkhidmatan.
Difahamkan, pameran tersebut akan berlangsung secara hibrid iaitu secara fizikal dan maya.