- Lain-lain
PM Li: Hubungan yang Sihat dan Stabil, Kondusif bagi China-AS
Perdana Menteri China, Li Qiang menyifatkan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang sihat dan stabil sebagai kondusif bagi kedua-dua pihak serta seluruh dunia.
Demikian ujar beliau dalam pertemuan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo di sini, pada Selasa.
“Mutakhir ini, pihak AS berulang kali menyatakan untuk berbalik kepada agenda yang ditetapkan dalam pertemuan pemimpin kedua-dua negara di Bali, dan China mengalu-alukannya.
“Intipati hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan AS adalah untuk mewujudkan situasi sama untung dan sama menang.”
“Tindakan mempolitikkan isu ekonomi dan perdagangan, atau menyifatkan isu tersebut sebagai isu keselamatan bukan sahaja menjejaskan hubungan dan rasa saling percaya antara kedua-dua pihak, tetapi juga akan menjejaskan kepentingan syarikat dan rakyat kedua-dua negara, selain membawa malapetaka terhadap ekonomi global,” ujar Li.
Tambah beliau, kedua-dua pihak sepatutnya mengintensifkan kerjasama yang saling menguntungkan, mengelak berlakunya pergeseran dan konfrontasi, bersama-sama menggalakkan pemulihan ekonomi global dan menangani bersama cabaran global.
“China bersedia untuk memperkukuh dialog dan kerjasama dengan AS bagi menggalakkan perkembangan hubungan bilateral yang sihat dalam bidang ekonomi serta perdagangan, dan kami harap AS dapat bergerak sehaluan dengan China.”
“China secara aktif menggalakkan keterbukaan bertahap tinggi, berusaha untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, orde undang-undang dan antarabangsa, meningkatkan akses pasaran, menjadikan perusahaan modal asing menikmati layanan yang sama dengan yang dinikmati perusahaan domestik serta mengekalkan dan menggalakkan persaingan yang adil,” jelas Li.
Raimondo dalam ucapannya pula menyatakan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden menyokong China dalam usaha untuk membangunkan ekonomi dan memperbaiki kehidupan rakyatnya.
“AS tidak berniat untuk mengekang pembangunan atau mencantas hubungan dengan China, sebaliknya bersedia untuk mengekalkan komunikasi dan hubungan yang normal dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan untuk menggalakkan perkembangan hubungan bilateral yang stabil,” katanya.
- Wang Wentao Temui Setiausaha Perdagangan AS
- Setiausaha Perdagangan AS Bakal Lawat China
- Surat Balas Xi Kepada Persatuan Pertukaran Pelajar dan Belia AS-China
- Xi Temui Henry Kissinger
- Lawatan Setiausaha Perdagangan AS ke China Masih Dibincangkan
- Wang Yi Bertemu Antony Blinken
- Utusan Khas Isu Perubahan Iklim AS Bakal Lawat China
- Pertukaran China-AS mengenai Situasi Ekonomi dan Perdagangan
- PM Li Harap AS Sehaluan dengan China Perbaiki Hubungan Bilateral
- Saling Untung dan Sama Menang, Inti Pati Hubungan Perdagangan China-AS