- Lain-lain
Vietnam Catat 60,000 Kes Denggi Tahun Ini
(CRI)Rabu 30 Ogos 2023
Sebanyak 61,799 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Vietnam dengan 14 kematian pada tahun ini, menurut data Kementerian Kesihatan Vietnam setakat 23 Ogos.
Wabak denggi beransur reda di selatan Vietnam berbanding tempoh yang sama tahun lepas, namun terus merebak di kawasan utara negara itu.
Dalam pada itu, Hanoi antara yang mengalami penularan wabak denggi paling serius.
Menurut statistik daripada pusat kawalan penyakit Hanoi, jumlah kes denggi mencatat 4,508 di bandar itu pada tahun ini, iaitu lebih 3.7 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang