- Lain-lain
Trem Pintar Kuasa Hidrogen Pertama Dunia Jalankan Larian Percubaan di Kuching
Trem pintar berkuasa hidrogen pertama di dunia menjalankan larian percubaan di Kuching, Sarawak. (Foto ihsan CRRC ZELC) |
Trem pintar berkuasa hidrogen pertama di dunia yang dibangunkan oleh CRRC Zhuzhou Locomotive Co., Ltd. (CRRC ZELC) menjalankan larian percubaan di Kuching, Sarawak mulai petang 6 September. Dimaklumkan bahawa trem ini diangkut dari Zhuhou, provinsi Hunan, China kemudian siap dipasang dan diuji di sebuah pelabuhan di Malaysia.
Larian percubaan ini berlangsung dari September hingga November. Sesi pertama dijalankan di Jalan Keruing dan sesi kedua dijadualkan di Samarahan pada awal November.
Ini merupakan projek sulung CRRC ZELC di luar negara. Trem ini yang pertama menggunakan hidrogen sebagai sumber kuasa, mempunyai kelebihan dari segi jarak pemanduan yang lebih panjang, masa mengisi bahan api yang lebih singkat, sifat karbon rendah dan mesra alam, dilengkapi dengan teknologi pintar, sesuai dengan permintaan pihak Malaysia untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang pintar dan pelepasan karbon sifar.