- Lain-lain
Lawatan Li Xi di Cuba
Pertemuan antara Presiden China dan Cuba sebanyak dua kali telah menunjukkan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara dan Parti selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC). China bersedia bersama Cuba untuk melaksanakan kata sepakat penting yang tercapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, meningkatkan pertukaran pengalaman pentadbiran negara dan Parti serta kerjasama substantif dalam pelbagai bidang.
Demikian dinyatakan oleh Li Xi, anggota tetap Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Setiausaha Suruhanjaya Disiplin Pusat PKC, Li Xi ketika mengadakan lawatan persahabatan yang rasmi di Cuba atas undangan Parti Komunis Cuba pada 16 hingga 18 September lalu.
Selepas menyampaikan salam daripada Presiden China, Xi Jinping kepada Setiausaha Pertama Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba yang juga Presiden negaranya, Miguel Diaz-Canel Bermudez, Li menunjukkan bahawa kedua-dua pihak dikehendaki terus saling menyokong dalam isu yang melibatkan kepentingan teras masing-masing, di samping mendorong pembinaan Parti dan pembangunan negara sosialis.
"China bersedia bersama Cuba untuk mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) demi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan," ujar Li.
Sementara itu, Miguel Diaz-Canel Bermudez meminta Li menyampaikan salamnya kepada Presiden Xi, dan mengatakan China memilih bersama dengan negara-negara "Selatan" berjuang di barisan yang sama dalam senario global, dan giat melindungi kepentingan bersama negara-negara membangun.
Menurutnya, "pihak Cuba mengucapkan terima kasih kepada China yang sudi memberi bantuan terhadap pembangunan sosioekonomi Cuba, dan bersedia mengekalkan pertukaran persahabatan yang rapat dengan PKC di samping mendorong kerjasama yang substantif."
Miguel Diaz-Canel Bermudez juga mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongan kukuh terhadap rakyat Cuba dalam menentang sekatan sepihak terhadap negaranya, dan menyokong inisiatif global anjuran Xi. Selain itu, beliau berharap Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Inisiatif Jalur dan Laluan" (BRI) ke-3 akan diadakan dengan jayanya.
Ketika menziarahi Raúl Modesto Castro, ikon revolusi negara itu, Li berkata, Castro sebagai sahabat akrab PKC dan rakyat China telah memberi sumbangan signifikan bagi pembangunan hubungan kedua-dua Parti dan negara. Di tengah-tengah situasi antarabangsa yang tidak menentu, China bersedia berganding bahu dengan Cuba untuk membina komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.
Raúl Modesto Castro pula mengimbau kembali pengalaman pertukaran dengan sahabat dari China, dan mengatakan pihaknya akan membelajari pengalaman pembangunan China.
Beliau turut menemani Li mengunjungi Pusat Fidel Castro selepas itu.