• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Finalis Pertandingan Antarabangsa "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" 2023 Kunjungi Akademi Kuno di Jincheng (11)

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 20 September 2023
    Finalis Pertandingan Antarabangsa
    Finalis pertandingan antarabangsa "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" 2023 menulis aksara Cina "家園" (Jiayuan atau kampung halaman) dengan berus di atas kertas di Akademi Haihui, kampung Daqiao, pekan Beiliu, daerah Yangcheng, provinsi Shanxi di utara China. (People’s Daily Online/Lu Pengyu)

    Pada 14 September, finalis pertandingan antarabangsa "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" 2023 mengadakan lawatan di Akademi Haihui yang terletak di kampung Daqiao, pekan Beiliu, daerah Yangcheng, provinsi Shanxi di utara China untuk meneroka akademi purba yang merupakan tempat terkenal semasa Ming dan dinasti Qing (1368-1911).

    Naib johan, Moses Arthur Baidoo yang berasal dari Ghana dan juga penuntut di Universiti Teknologi China Timur berasa terdetik untuk duduk di sebelah pelajar sekolah rendah tatkala mereka membacakan cerita "Tiga Watak Klasik" dengan lantang, serta cuba meniru setiap perkataan mereka.

    "Saya pernah membaca cerita 'Tiga Watak Klasik' sebelum ini, tetapi belum menerokanya dengan lebih mendalam. Apabila saya melihat pelajar membacanya, saya benar-benar ingin ikut serta dan memahami maksud yang terkandung di dalamnya," kata Sejoud Isam Mahir Hassan, penuntut di Universiti Lanzhou dari Sudan dan juara pertandingan itu.

    Kegigihan para pelajar menulis puisi kuno mempamerkan daya tarikan yang tinggi, dan memberi inspirasi kepada para peserta menerusi daya fokus yang ditonjolkan.

    Semasa peserta berjalan-jalan mengelilingi akademi kuno, mereka turut mendengar pemandu pelancong mengupas kembali sejarah tempat itu.

    Ketika di pavilion pula, para peserta telah menulis aksara Cina kegemaran masing-masing di atas kertas. Meskipun ramai dalam kalangan mereka menggunakan berus buat pertama kali, mereka dilihat sangat berminat dengan dunia dakwat dan teruja dengan daya tarikan kaligrafi tradisional Cina.

    Mereka juga berkolaborasi dan menulis aksara Cina "家園" (Jiayuan atau kampung halaman) yang merupakan tema pertandingan tersebut.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>