- Lain-lain
Sesi Ke-4 “Kuliah Tiangong” Diadakan dengan Jayanya (6)
Sesi ke-4 “Kuliah Tiangong” diadakan di stesen angkasa lepas China pada pukul 3:48 petang semalam waktu Beijing.
Tiga angkasawan dari kru Shenzhou-16 termasuk Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao telah menawarkan kuliah yang sungguh menarik kepada golongan remaja di seluruh negara.
Inilah kali pertama angkawasan China memberi kuliah dalam Kabin Makmal Mengtian.
Pada kuliah yang berlangsung kira-kira 48 minit tersebut, para angkasawan telah memperkenalkan keadaan hidup harian dalam Kabin Makmal Mengtian di stesen angkasa lepas, menjalankan ujian api berbentuk bebola, ujian “bola ping pong” yang luar biasa, ujian pelestarian momentum dan ujian gasing, malah menerangkan prinsip saintifik yang menyokong ujian-ujian tersebut.
Dalam pada itu, para angkasawan juga berinteraksi secara maya dengan wakil guru dan pelajar yang berada di Bumi.
Sesi ke-4 “Kuliah Tiangong” menyaksikan penglibatan fizikal lebih 2,800 orang wakil pelajar yang masing-masing berada di lima lokasi, iaitu bandar Beijing, Alxa di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, Yan’an di provinsi Shaanxi, Tongcheng di provinsi Anhui dan Ningbo di provinsi Zhejiang, dan siaran langsung sepanjang proses yang terbabit adalah kendalian China Media Group (CMG).