- Lain-lain
China, Brazil Mahu Perkasa Kerjasama Segenap Aspek
China dan Brazil saling menyokong dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras masing-masing, memperkasakan kerjasama dalam segenap aspek, dan meningkatkan penyelarasan di bawah mekanisme seperti BRICS dan Kumpulan 20 (G20).
Demikian dinyatakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Li Xi ketika mengadakan kunjungan dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.
Li membuat lawatan rasmi ke Brazil pada 18 hingga 22 September.
Beliau menyatakan bahawa pertemuan antara Presiden Xi Jinping dengan Presiden Lula yang diadakan pada tahun ini membuka lembaran baharu dan menggariskan hala tuju hubungan kedua-dua negara pada era baharu.
Menurut Li, tahun ini ulang tahun ke-30 hubungan perkongsian strategik China-Brazil dan kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun depan.
"PKC bersedia untuk meningkatkan interaksi dan saling menimba pengalaman dengan Parti Pekerja Brazil, sekali gus melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi," kata Li.
Presiden Lula pula berakta, kerjasama Brazil dan China telah membuahkan hasil yang memuaskan.
Beliau meluahkan harapan supaya terus menggalakkan penyelarasan strategik pembangunan antara kedua-dua negara, mengukuhkan kolaborasi dengan China dalam mekanisme pelbagai hala demi menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia.
Lula turut menzahirkan kesediaan Parti Pekerja Brazil untuk mengekalkan pertukaran rapat dengan PKC, di samping memainkan peranan positif dalam usaha mengintensifkan hubungan dua hala dan persahabatan rakyat kedua-dua negara.
- China Tolak Peperangan, Bincang Pembangunan: Presiden Brazil
- Xi, Lula Gariskan Masa Depan Hubungan Dua Hala
- Xi Jinping Ucapkan Simpati kepada Presiden Brazil
- Transaksi Berkaitan RMB Lebih Mudah di Brazil
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Brazil
- Wakil Khas Presiden Xi akan Hadir Majlis Angkat Sumpah Presiden Brazil
- Xi Ucap Tahniah Lula Dipilih Presiden Brazil